Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, 1 August 2011

Kanak-kanak pun Reti Berpuasa.

di kesempatan ini, gua nk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua sahabat-sahabat gua tak kira lah di mana korang berada, di jepun ke, russia ke, jeli ke, kutub utara ke, narnia ke dan kat mana-mana lg lah.

so, di bulan ramadhan ni, kita jg diharuskan jgk untuk ber'puasa' drp melakukan perkara yang sia-sia, apatah lagi perkara yang dilarang oleh ALLAH. sebenarnya, gua cakap kt diri sendiri jgk ni. gua dah lama buat jenayah. dah berapa tahun lamanya gua membunuh macam mafia russia. dah berapa lama gua jadi penarik kereta macam 'mael lambung'. dah lama jgk gua main band macam 'zamri rockers' (semua ini tidak benar). so, kalau sekali setahun, gua berubah jadi baik skt tak salah gua rasa.

so, kepada sahabat-sahabat di luar sana, elakkan drp melakukan perkara yang sia-sia macam termenung ingatkan fasha sandha, tengok drama Nora Elena, add random girls kat facebook, bercakap sorang-sorang dan macam-macam lagi. dan kepada kaki pancing awek, tak payah nak memancing sangat dalam bulan ramadhan ni, tunggu raya baru pancing balik. kalau dah jodoh, tak kemana. =)

kalau dah perkara yang sia-sia pun kita diharuskan untuk dijuahi, apatah lagi perkara yang dilarang macam mengumpat, mencuri, rasuah dan macam-macam lg lah. so, bagi gua, langkah yg paling mudah untuk mengelakkan diri kita drp melakukan perkara-perkara yang tak patut ni ialah tidur. cara ni memang berkesan gua rasa sebab bila dah tidur, sempat lg ke kita nak mengumpat? sempat ke tangan gi mencuri? boleh ke otak ingatkan fasha sandha? mata tu boleh ke tengok drama Nora Elena? mulut pulak memang sah tak boleh bercakap.

oleh itu, lepas solat subuh, kita relax dulu ambil angin pagi sepoi-sepoi bahasa. lepas tu kita tidur. zohor bangun solat. lepas tu tidur lagi. bangun pulak solat asar. untuk mengelakkan jadi gila, tak payah tidur lepas asar. baca paper skt, tak payah gi bazaar ramadhan sebab kadang-kadang boleh terserampak dgn Fasha Sandha atau faezah Elai kat sana. boleh menguruskan pahala puasa jgk tu. so, kalau nak beli makanan, kirim je kat member. kalau jenis yang sebatang kara, kirim je kat anak jiran rumah sebelah. so, untuk lepas berbuka sampai ke tarawih, gua malas nak cite. Lu sendiri pun dah boleh plan.

so, kalau lu yang jenis malas nk tidur time puasa, lu boleh buat macam-macam benda yg berfaedah sebagai contoh tolong makcik joyah jual bakso kat tepi jalan petang-petang, pimpin tangan kucing jenab lintas jalan dan bermacam-macam lg. semua tu boleh menambahkan pahala puasa lu sendiri jgk tu.

gua pun dah rasa mengantuk ni. kejap lagi gua nk tidur.

p/s: try lu tengok gambar kat bawah ni, lepas tu bajet-bajet berfikir skt.


main bola bulan puasa. bukan sembarangan!

Friday, 22 July 2011

Feel Solat Jumaat

di hari yang indah ini, penghulu segala hari. solat jumaat memang gua wajib buat. gua umat islam, beb!. macam biasa, gua pergi solat jumaat dgn bapak gua. adik gua pergi sendiri sebab dia mandi lambat. bapak gua memang suka pergi masjid awal-awal. dapat pahala sunat katanya.

sampai kat masjid, gua rasa nak buat lain skt ini hari, gua rasa macam nk duduk kat saf depan. so, gua pergi duduk kat saf kedua. kira depan jgk le tu. lepas tu imam baca khutbah, masa ni gua macam biasa, senyap. masa kecik-kecik cute dulu gua memang suka bercakap masa khatib baca khutbah. ada je topik-topik hangat gua nk berbual dgn member gua. pasal basikal la, pasal burung kakak tua la, pasal berbini empat la. masa kecik gua memang berfikiran luas. macam org tua. bila dah besar, otak pun banyak habuk.

berbalik kepada topik asal. so, bila dah besar ni, gua memang senyap bila khatib baca khutbah. gua jenis yg menitik beratkan pahala solat jumaat ni. ustaz gua cakap, kalau berkata-kata masa khutbah dibacakan, kosong pahala solat jumaat kita. sia-sia la, ye dak? tajuk khutbah jumaat kat masjid kampung gua minggu ni ialah 'sedekah'. kat kampung lain gua tak tahu la pulak. tak sempat pulak gua nak pergi merisik tanya orang kampung sebelah. mungkin tajuk aurat, mungkin jgk tajuk mengumpat, mungkin jgk pasal ramadhan. gua sendiri pn main teka je.

khutbah jumaat gua dengar elok-elok je walaupun kadang-kadang terbayang jugak wajah-wajah superman, captain america, batman dan catwoman dalam otak gua ni. sekali-sekala diorang datang jgk. walaupun gua tak tumpu 100% kpd khutbah td, tapi gua still ingat lagi isi-isi khutbah yang khatib baca td. berguna jgk otak gua ni. tp sikit-sikit je la. so, kita kena lah memberi sedekah dengan hati yang ikhlas, dengan wajah yang berseri gembira dan penuh rasa syukur. jangan pulak kita bersedakah dengan hati yang tak ikhlas, lepas tu wat muka macam ketat ala-ala artist k-pop malaysia gitu dan janganlah kita mengungkit pemberian sedekah kita sehingga menimbulkan rasa yang tidak senang kepada si penerima. jangan wat macam tu, tak baik. kalau orang lain buat kat kita macam mane? tak ke rasa sedih, menyampah, malu dan kecewa? kalau yang teruk lagi boleh timbul rasa nak terkucil sekali woo!

lepas tu, macam biasa jgk, akan ada solat jumaat dua rakaat. tak pernah dibuat orang, lepas khutbah je terus balik. so, jangan nak buat-buat tak tahu pulak. gua solat jumaat. lepas gua solat, baru gua balik. masa gua tengah berjalan balik menuju ke tangga masjid, gua rasa lain macam je. muka gua ok je, maintain macam farid kamil. tp feel tu rasa lain, tenang tu rasa macam meresap je dalam hati ni. insaf pun ada sikit-sikit. kalau boleh, hari-hari dapat feel macam ni kan best.

tapi sebelum gua balik ini hari, gua semapt jgk merasai feel yang lain macam lagi. gua tak pernah pun menjangka yang gua akan rasa feel ni di amsjid kampung gua sendiri. feel ni mungkin akan merubah hidup kita buat selamanya. feel ni memang boleh buat kita menangis, menitiskan air mata, beb! bukan feel biasa-biasa ni. jika tiada ini feel, mungkin taj mahal pun tak akan wujud woo. ini feel, boleh kasi beruk pun tak nak panjat pohon kelapa taw.

gua terkilan, 'selipar jepun gua hilang!'

Monday, 23 May 2011

SENARAI NON HALAL FOOD!!!!. TOLONG SEBARKAN!!!!!

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.




SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

p/s: untuk lebih maklumat berkenaan halal dan non halal food, sila layari MALAYSIA HALAL FOOD.

sebagai peringatan untuk kita semua.

Thursday, 23 April 2009

penutupan AURAT

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :- KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber`T-Shirt' berlengan pendek. KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'. KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 

p/s: sama2 lah kita renungkan baik lelaki dan perempuan. =) 
 

My Podshop

Photobucket