Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram
Showing posts with label heart is hati.. Show all posts
Showing posts with label heart is hati.. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

Betul ke awak dah kahwin?

Ada seorang awek ni tanya abang, "betul ke bang naim dah kahwin?". abang senyap seribu bahasa. menjawab nanti takutnya melukakan perasaan. oleh itu, abang tempelkan gambar ini sebagai bukti perkahwinan abang. 



janganlah dikenang lagi abang di sini. abang kini milik orang lain.



credit photo: Ezwan Othman

Wednesday, 29 August 2012

Jawapan

TIDAK (no).

Tidak salah kalau gua menyembunyikan kekecewaan. Tidak salah gua rasa.

Wednesday, 9 May 2012

First Time

Hari ni gua pergi jejalan kat pesta konvo utm. Gua teman mak gua pilih-pilih tudung. Gua pun tolong pilih tudung sekali. Ceh.. Jatuh saham gua sebagai gangster muka rambo.

Lepas tu gua pergi beli 'teddy bear' kaler pink gelap yang besarnya sama dengan size budak kecik umur 2, 3 bulan. Pastu gua bagi kat mak gua sebagai hadiah hari ibu (awal sikit gua bagi). Then, mak gua gelak He He He.

Sumpah first time!


ini baru rutin gua yang sebenar.

Friday, 19 August 2011

Berkat

bila bercakap pasal keberkatan hidup ni, gua rasa hidup ni dah lama takde keberkatan. gua cakap kat diri sendiri.


yang ni pekat ke berkat?

p/s: penarik kereta macam gua pun ada cita-cita nak berubah jugak.

Thursday, 4 August 2011

Tiada Lagi SEKALI LAGI.

kepulangan Jali dari bazaar ramadhan pada petang ini tidak disambut seperti biasa oleh Ariffin. Ariffin hanya termenung jauh dan tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya. sekali tengok, Ariffin lagak seperti seorang isteri askar yang sedang menunggu kepulangan suaminya dari medan perang. bercampur gelisah dan sedih. tidak pula dia berkelakuan seperti seekor kambing, hari ni.

 Jali tidak terkejut dgn perlakuan Ariffin itu kerana dia sudah terbiasa. tambahan pula, Jali mengerti benar dengan feel Ariffin hari ni. dia tahu sebab mengapa Ariffin berkelakuan sebegitu rupa. Jali juga mengalami feel yang sama. feel yang tak mungkin dapat dianalisa dengan bahasa komunikasi. bagi mereka, tuhan saja yang tahu feel mereka. betapa peritnya feel mereka, Lisa Surihani sekalipun mungkin tak akan mengerti.

bagi ariffin, beliau mungkin sudah kehilangan seorang sahabat yang paling rapat dengannya. sahabat yang selalu dirinduinya (dan juga disayanginya). sahabat yang selalu muncul di ingatanya. sahabat yang pasti tiada gantinya. kehilangan ini hampir pasti untuk selamanya. walaupun Ariffin selalu menganggap ini semua sebagai ilusi, sebagai mimpi, sebagai rekaan skrip filem. tapi separa minda warasnya sedar akan realiti ini. realiti akan kehilangan untuk selamanya. rasa kehilangan sungguh kuat dirasai oleh Ariffin waktu ini. tidak terkata.

berlainan pula bagi Jali berbanding si Ariffin. Jali sedar dia juga kehilangan sesuatu. tapi bukan kehilangan seorang sahabat rapat. kehilangan ini mungkin mengundang rasa kesal yang tak berkesudahan. masa sahaja yang mampu membunuh rasa kesal itu. Jali pasti, dia sudah kehilangan peluang kedua. peluang untuk membetulkan segala kesilapan silam, peluang untuk kembali seperti dulu, peluang untuk membaiki segalanya, untuk memulihkan kembali keperitan masa dulu, peluang untuk bangun semula, peluang untuk tidak lagi menoleh kebelakang. Jali sudah cuba untuk merancang segalanya, merancang untuk menunggu peluang kedua itu. namun, dia sedar.. peluang itu hampir pasti sudah tiada walaupun jauh di lubuk hatinya, dia masih mengharap. dia pasrah.

Jali berjalan mendekati Ariffin. feel mereka sama. sedih. mereka perlu pasrah atas segala yang berlaku. bagi mereka,

pastinya tiada lagi 'SEKALI LAGI' bagi mereka.

mereka hanya mampu menyelami feel masing-masing. merasakan satu feel yang sama di dalam dua hati yang berbeza. mereka bertentang mata. senyap.


Jali dan Ariffin (google pic)

Sunday, 31 July 2011

Tarikh

- 31 julai 2008 -

gua masih ingat tarikh ni. kadang-kadang bila ada orang tanya, gua saje buat-buat lupa.
sekarang, gua punya feel lain macam skt.

Wednesday, 20 July 2011

Birthday Party!

pic google. KFC p.mas tak macam ni.

bukannya takde KFC kat tempat gua (pasir puteh) tapi selamba je semalam (19th julai 2011) gua pergi sambut birthday gua sendiri sorang-sorang kat KFC pasir mas (kelantan). gua sendiri pun tak paham. gua drive sorang-sorang. order snack plate sorang-sorang. makan sorang-sorang dan kenyang sorang-sorang. muka gua tetap relax. feel itu penting bagi gua.

p/s: feel gua rasa dekat.

Monday, 11 July 2011

RASA

setiap hari aku berlari,
semakin laju aku berlari,

semakin lambat ia hilang daripada ku.

setiap hari aku berlari,
semakin jauh aku berlari,

semakin dekat jaraknya dengan ku.

RASA bersalah yang lampau.

Monday, 4 July 2011

Permainan

sedang asyik gua berjalan melalui lorong haji masdot, tiba-tiba gua terpandang sejenis tapak kaki yang agak aneh gamaknya. bukan jenis tapak kaki makhluk darat gua kira. tidaklah banyak, tapi jarang-jarang kesannya.

gua rasa ingin tahu. then, gua perhatikan betul-betul tapak kaki itu dan gua ikut jejak itu. dalam kepala gua, terbayang-bayang akan 'Alien' (pemikiran tipikal). ikut punya ikut, gua kira hampir 20 meter jugak gua follow kesan jejak itu.

terleka jugak gua bila buat kerja mengikut jejak. semakin lama gua follow jejak, semakin panas gua rasa kesan tapak kaki tu. gua pun tak tahu kenapa. kadang-kadang panasnya macam air yang mendidih. panas jugak tapak kaki mahkluk ni.

seketika kemudian, alangkah terkejutnya gua bila ternampak satu makhluk hitam sedang berjalan di depan gua. gua kira, makhluk ni tuan punya tapak kaki. makhluk itu berjalan slow-slow. tidak laju langkahnya. gua rasa itu makhluk bukan alien!!.

time tu jugak gua rasa takut, tapi gua lawan rasa takut tu. baru la jantan beb!! gua lari mengejar mahkluk tersebut dan melintas di hadapan makhluk itu. alangkah terkejut kambingnya gua bila gua tengok makhluk tersebut!! gua kenal itu makhluk. cikgu gua pernah bagitahu. nasib baik gua rajin pergi sekolah masa zaman budak-budak. itu penyu!!

gua perhatikan penyu ni, bukan calang-calang penyu gua kira. pakai spek Ray-ban, seluar levis. jenis yang pandai bergaya gua rasa. tapi yang gua paling kagum, ada choki-choki kat mulut penyu. bukan main-main penyu ni. spesis penyu yang follow perkembangan trend manusia gua kira.

gua pun tak tercapai akal nak memikirkan bagaimana penyu boleh ada kat lorong hj masdot. apa gua peduli? alang-alang gua jumpa penyu, lebih baik gua bertanya khabar. gua sengaja nak menunjukkan sifat yang prihatin terhadap penyu. belum sempat gua bertanya, si penyu itu membuka spec ray-ban, choki-choki tetap di mulut dan berkata,

"mimpi itu hanyalah permainan tidur".

kata-kata penyu itu telah membantutkan niat gua untuk bertanya khabar beliau. pendek dan ringkas si penyu berkata-kata. gua pun musykil bagaimana penyu boleh bercakap. yang gua tahu, penyu menangis je. macam lagu arwah sudirman. gua berlalu pergi. tinggal penyu berseekoran.

sudah dua hari gua memikirkan kata-kata si penyu itu. susah jugak gua nak faham dan hadam kata-katanya. entah apa kejadah motif si penyu berkata-kata begitu kepada gua. gua pun naik hairan dengan penyu di lorong hj masdot itu.

fikir punya fikir, hari ketiga baru lah gua faham. ada betulnya jugak kata-kata si penyu itu. mimpi hanyalah game. macam main PES jugak gua rasa. tak pun macam game super mario atau bola kaki tiga. konda-kondi pun boleh. so, gua pun tak payah nak serius sangat pasal mimpi ni. ye dak, penyu?

trendsetter punya penyu (pic by Google)


p/s: melalut punya entry.

Thursday, 26 May 2011

KELANTAN (1) - T TEAM (2) [keputusan liga super 25 mei 2011]

the young red warriors (anak saudara aku)


note: penulisan ini ialah pasal pengalaman aku sahaja. bukan untuk membuat liputan sukan =)

hati aku sungguh sedih hari ni. hampa. kecewa. sungguh sayu hati ini apabila pasukan kesayangan (kelantan) kalah di tangan T Team (adik kepada pasukan Terengganu). ishk3. dari Pasir Puteh dengan cinta ke Kota Bharu semata2 untuk memberi sokongan kepada the red warriors dgn harapan terciptalah kemenangan. namun harapan sudah berkecai. rezeki tidak menyebelahi pasukan kelantan. sabor je la dengan hati yang terbuka. =)

ok!! di entry ini, aku bukan nk cite pasal perasaan sedih aku, tp aku nk cite skt pengalaman aku pergi tengok bola kt stadium sultan muhammad ke 4 di KB. kat stadium ni la T Team telah menumpaskan pasukan kelantan malam tadi.

firstly, aku drive dr pasir puteh (PP) dengan cinta ke KB bersama adik aku. memang semangat la pergi tgk bola. so, untuk pengetahuan korang, jarak antara PP ke KB lebih kurang 48km. tidaklah terlalu jauh. dekat je. =P

aku dan adik masuk stadium lepas solat maghrib kt surau stadium. perintah tuhan tidak pernah kami tinggal. minat kepada bola hendaklah bersesuaian dengan tuntutan agama islam. so, masa first masuk, memang dah sesak kt dalam. beribu-ribu org dah masuk. ramai betul penyokong pasukan kelantan a.k.a the red warriors. sudah pasti, stadium sudah penuh. so, kami tidak ada tempat duduk dan sudah pasti sekali lagi, bahawa kami terpaksa berdiri selama perlawanan berlangsung. tengok bola punya penangan.

tanpa membuang masa, aku nk citekan serba sedikit pasal perlawanan td. pada separuh masa pertama, pasukan kelantan tampak begitu bertenaga dan yakin menguasai perlawanan. beberapa percubaan dari pasukan kelantan tidak lah begitu menyengat pada awalnya. penjaga gol T Team namapak lebih relax kerana tidak begitu diuji. hanya kadang-kadang sahaja ada beberapa percubaan yang membahayakan pintu gol T Team. begitu juga percubaan pasukan T Team terhadap gawang kelantan yang diawasi oleh apex (khairul fahmi che mat). akhirnya, hampir 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama, T Team telah dihadiahkan sebiji gol oleh penjaga garisan botak di tepi padang. aku rasa gol tu kontroversi sebenarnya. dari pandangan mata aku, bola yang norfarahan (T Team) tanduk, sudah berada di garisan luar. bermakna bola sudah terkeluar (out). so, bola itu sepatutnya menjadi sepakan penjuru (corner kick) atau sepakan penjaga gol (goal kick). tp penjaga garisan tidak mengangkat bendera dan permainan di teruskan. bola yang ditanduk oleh norfarhan telah melambung ke tepi kiri gawang kelantan dan seorang pemain T Team berada di kawasan itu dan menanduk lagi bola itu menghala ke dalam gol kelantan. namun, apek lebih cepat tindak balasnya. dia telah menepis keluar bola itu. tp sayang, penjaga garisan mengangkat bendera dan mengatakan bola yang di tepis itu telah melepasi garisan gol walaupun tidak menerjah jaring. pasal tu ak tidak pasti. mungkin bola tu dah gol. tapi yang menjadi isu ialah bola out yang ditanduk oleh norfarhan. oh penjaga garisan!!! (aku tak nak bercerita tentang balingan mercun dan botol). disertakan beberapa gambar bantahan pemain kelantan terhadap penjaga garisan ekoran kontroversi gol pertama T Team.


 


source tiga gambar: userun photograpy


aku akan cuba menguploadkan sedutan video gol itu untuk gambaran lebih detail. tamat separuh masa pertama.


apek dan subra memaklumkan perihal gol pertama T team kepada pegawai KAFA. - gambar AmboSayeKelate.


separuh masa kedua bermula, penguasaan bola memihak kepada pasukan T Team. aku pun tak tahu kenapa. pemain pasukan kelantan nampak begitu tidak bersemangat. meraka kurang menguasai bola. beberapa siri serangan yang dicipta oleh pasukan kelantan menemui kegagalan. dipatahkan oleh pasukan T Team. masa ni memang aku rasa berdebar-debar. cuak pun ada. tambahan pula, perut ni asyik rasa nak berak. dari awal game lagi aku tahan. kerja gila..hahhaha.. aku tengok, penyokong pun macam dah putus semangat. rasa macam dah nak kalah walaupun meraka tetap bersorak. namun, sebelum masa tambahan, pasukan kelantan telah meraih gol penyamaan hasil umpanan nor shahrul idlan talaha (mat yo) dalam kotak penalti T Team yang disempurnakan oleh rembatan kaki kiri nurul azwan roya. bola menerjah jaring. semua penyokong bersorak. aku pun turut serta bersorak kegirangan walaupun perut aku ni rasa nak berak. dah lah tak boleh duduk. tempat dah penuh. berdiri dari awal sampai habis. nak krem je kaki ni rasa. ditambah pulak rasa nak berak. cukup pakej!!

bagi kami sebagai penyokong, gol penyamaan sudah memadai untuk mengubat duka. better seri daripada kalah. huhu.

dalam masa tambahan (sembilan minit), pasukan kelantan berhempas pulas untuk mencari gol kemenangan. siri serangan dilakukan bertalu-talu. namun akhirnya mengundang padah apabila kesilapan pertahanan kelantan telah memberi laluan kepada pasukan T Team untuk menambah jaringan. hasil jaringan indra putra. kedudukan menjadi kelantan (1) dan T Team (2). masa ni lah, saat paling sedih aku rasa. kecewa dan hampa. aku rasa, satu stadium senyap masatu. mungkin mereka juga sedang bersedih macam aku jugak. ishk3. selang beberapa minit, wisel pengadil berbunyi. tamat perlawanan.

apa-apa pun, tahniah kepada pasukan T Team dan pada pasukan kelantan yang tersayang, gandakan lagi usaha. aku harap, next game dengan T Team, kelantan pulak akan menang!!!! GKG. aku harap, kelantan akan menang pada semua baki empat perlawanan liga untuk menjadi juara liga super 2011!!! kelantan mesti bolot semua (juara liga super, juara piala FA, juara piala Malaysia)!!!. apa kata korang?


p/s: keluar je stadium, aku terus pergi cari toilet. meletup!!!



gol pertama T team.
source video: AmboSayeKelate

Wednesday, 18 November 2009

DOSA




memohon maaf kpd suma yg berkenaan atas sgala DOSA yg telah ak lakukan.


p/s: best video ni..antara favorite ak jgk..the last shadow puppets!!

Monday, 6 July 2009

TOPI keledar ditampal kain jeans

mungkin orang yg terdekat telah pergi untuk selamanya..tp kita yang msih hidup, harus tabah dan perlu meneruskan liku2 perjalanan yg semestinya ada penghujung...

bersabarlah, tabahkanlah hati

Monday, 18 May 2009

KAPAL terbang..


hari ni parent ak pergi UK naek kapal terbang...xkan la g jln kaki... ak still lg kt U sb khemah ukur xhbs lg..kerja pn xciap lg...byk bnda yg belum setel...ak xsempat nk hntar parent ak g airport.. jz berbual dgn phone je... ak rasa, perasaan ni lebih sedih drp perasaan ayob masa nad naek fligt g jepun..hahah...jiwang la ko ayob....


~semoga selamat pergi dan pulang~


bestnya kalo dpt g Uk jgk..nt habis ak borong brg kt sana...2pn kalo ad duit..

Sunday, 22 March 2009

10 SEBAB...SEBAB...dan sebab lagi......

kenapa saya suka awak dan bukan dia.


1) sebab awak kawan saya yang baik dan dia tidak.

2) sebab awak adalah orang yang selalu ada masa dengan saya tetapi dia tidak.

3) sebab awak saya terlalu ingat tiap masa dan dia tidak.

4) sebab awak saya mudah mesra dan mudah untuk berkongsi dan dia tidak.

5) sebab awak saya rasa selesa dan bebas tetapi dengan dia tidak.

6) sebab awak akan sudi dengar saya merepek dan mengarut tetapi dia tidak.

7) sebab awak sudi teman masa-masa susah saya dan dia tidak.

8) sebab awak sudi bercerita dan berkongsi dengan saya tetapi dengan dia tidak.

9) sebab awak buat saya gembira, buat saya bahagia dan buat hidup saya indah, tetapi dia tidak.

10) sebab awak buat saya jatuh hati dan terasa ingin mencinta dan dicintai, dan dia tidak.


kenapa awak patut pilih saya dan bukan dia.


1) sebab saya kacak dan dia tidak.

2) sebab saya cute dan dia tidak.

3) sebab saya lelaki budiman tetapi dia tidak.

4) sebab saya lelaki yang berbudi bahasa dan dia tidak.

5) sebab saya tinggi dan memiliki tubuh menarik tetapi dia tidak.

6) sebab saya cintai awak dan dia tidak.

7) sebab saya selalu rindu pada awak dan dia tidak.

8) sebab saya ingin memiliki awak tetapi dia tidak.

9) sebab saya ingin hidup bahagia dengan awak tetapi dia tidak.

10) sebab saya ingin miliki awak untuk selamanya.

Thursday, 19 March 2009

SELAMAT HARI LAHIR, MA!!

"ALLAH...YA ALLAH, YA TUHANKU....letakkanlah ma aku bersama org2 yg beriman dan yang dijamin msuk syurga....sesungguhnya kami insan yg lemah..sentiasa menagih simpati drp mu YA ALLAH...hnya ini shj yg mampu kami lakukan.. amin.."



bersama kekasih hatinya.

~SITI ZAWIAH BINTI ABD LATIF~
~18 MAC 1955~


pod ; mane mak korg?

My Podshop

Photobucket