Sebenarnya ramai kawan-kawan bertanya khabar abang. pelbagai soalan yang abang terima dari kawan-kawan segenap malaysia baik lelaki dan perempuan.
Ada soalan yang berbunyi "awak kat mane?",
Ada jua soalan yang berbunyi "ko kerja mane sekarang?" ataupun lebih sopan "kerja apa sekarang, tuan?",
Dan yang paling sensitif, ada juga awek tanya "Bang naim dah kahwin ke?". Tersipu-sipu abang nak menjawab.
Dengan sekeping gambar ni, abang harap menjawab soalan kawan-kawan yang bertanya. dan kepada awek-awek dan admired-admired abang, jangan kecewa bila melihat gambar ni. Abang doakan semoga kalian mendapat jodoh yang terbaik macam pak jabit.
Tolong Jangan Klik
Showing posts with label hari-hari. Show all posts
Showing posts with label hari-hari. Show all posts
Friday, 12 December 2014
Saturday, 27 September 2014
Tengok Bola
memandangkan semua geng busy dengan hal masing-masing malam ni, gua tanpa ragu-ragu terus mandi, pakai baju, sikat rambut, keluar rumah dan menapak seorang diri ke kedai makan berdekatan. Tengok bola.
Saturday, 10 November 2012
Budak Praktikal
Sekali-sekala gua ter'flash back' zaman praktikal di shah alam dua tahun lepas. bangun pagi-pagi, gua mandi. lepas mandi gua semayang subuh. lepas tu gua ke dapur buat air kopi lebih-lebih kurang lagak-lagak brekfes org korporat. lepas brekfes, gua masuk bilik untuk sarung baju kemeja polka-dot biru dengan seluar slack ZARA. lepas tu pakai stokin sebelum gua sarung kasut BALLY. Mak aih! bukan main-main lagi gua time tu. dah perasan macam bos-bos besar.
Sampai opis, seperti kebiasaan budak-budak praktikal yang berpraktikal di sebuah kampeni, gua membuat segala kerja 'entah apa-apa' yang biasa budak praktikal buat.
Sampai opis, seperti kebiasaan budak-budak praktikal yang berpraktikal di sebuah kampeni, gua membuat segala kerja 'entah apa-apa' yang biasa budak praktikal buat.
![]() |
| Jangan anggap org opis yg pakai mcm ni tak buat kerja2 fotostat selama bertahun-tahun. boleh jadi jawatan dia 'pengarah urusan fotostat' |
Saturday, 20 October 2012
Turbo
Semalam gua baca buku Jusoh Turbo. Hari ni gua ter'Turbo' dalam jamban. Dia punya 'Turbo' padu jgk pergi nya.
![]() |
| diagram ni sepatah haram pun aku tak paham. |
Sunday, 13 May 2012
Naik Bas
Minggu ni, dah dua hari berturut-turut saya naik bas pergi ke fakulti. Rasanya dah lama tak naik bas pergi ke fakulti. Paling lama pun masa tahun satu time degree dulu. Masa tu baru nak berjinak-jinak dengan kehidupan kampus. So, naik bas la baru nampak student life. hehe. Sekarang ni saya dah habis belajar. dah konvo dah pun. Tengok tu, bila dah konvo ni ayat pun dah jadi lain macam sikit. Sopan. kih kih kih.
Bila baru naik bas setelah sekian lama tak naik bas, dia punya feel rasa lain sikit. Rasa terhibur sebab drebar pasang radio kuat-kuat, sejuk sebab aircond pun pasang kuat-kuat dan rasa nak terkentut pun ada tapi saya tahan je sebab dalam bas yang tertutup dan beraircond ni kalau kentut, takde etika pulak perbuatanya. Ewah, dah pandai pulak saya ni cakap pasal etika-etika semenjak dua menjak ni. Ini mesti konvo punya penangan. hehe.
Boleh tahan eduketed jugak saya ni. Keh keh keh.

Labels:
hari-hari
Wednesday, 9 May 2012
First Time
Hari ni gua pergi jejalan kat pesta konvo utm. Gua teman mak gua pilih-pilih tudung. Gua pun tolong pilih tudung sekali. Ceh.. Jatuh saham gua sebagai gangster muka rambo.
Lepas tu gua pergi beli 'teddy bear' kaler pink gelap yang besarnya sama dengan size budak kecik umur 2, 3 bulan. Pastu gua bagi kat mak gua sebagai hadiah hari ibu (awal sikit gua bagi). Then, mak gua gelak He He He.
Sumpah first time!

| ini baru rutin gua yang sebenar. |
Friday, 4 May 2012
Move On part 2
Post semalam punya cerita,
terlupa pulak gua nak mention yang gua ni pun berniaga pakaian terpakai secara atas talian.
begitulah khabarnya kakak-kakak jual jamu semua.
yang terlalu benar,
Naim Marinin (hensem).
P/S: bak kata mat salleh dalam bilik guru, "handsome is my middle name".

Thursday, 3 May 2012
Move On
'move on' ni kata orang tua, memanglah sukar.
orang baru putus cinta memanglah sukar nak move on.
sebab diorang malu-malu kucing nak cari pasangan baru,
tapi dalam hati, tersentap-sentap nak cari orang baru. cehh.
so, gua punya story bukan pasal cinta jadah suam-suam kuku.
bukan jugak pasal pertarungan jebat dengan geng spender kat luar,
tapi pasal benda lain,
kalau dulu gua jual roti gardenia lima posen dari bilik ke bilik,
sekarang gua cuba berjinak-jinak dengan perkhidmatan kereta sewa pulak.
harap-harap tak terbengkalai jatuh longkang Arked Cengal lah kali ni.
begitulah ceritanya wahai adik manis.
gua punya move on, lain macam sikit.
P/S: gua masih lagi mengekalkan formasi 1-1 yang selalu gua praktikkan dimana hayyi 'tulang' sebagai gua punya partner.

| jadah apa pulak ada sayur kat sini??!! |
Thursday, 26 April 2012
Kantoi
semalam gua terkantoi. so, hari ni gua malas nak update blog.
Sekian.
Sekian.
Monday, 23 April 2012
Ombak Rindu
Nama asal filem ni sebenarnya Ongbak Rim Saga FLX 17 inci DU 1414.
pelakon:
Aaron Malik sbg Aris,
Naim Karin sbg Izzah,
Joran Uzair sbg Batang Kail.
pokwe Gurka sbg Direktor.
scene 1.
Aris : hoi! mana perempuan ni? aku sakit perut ar! Menyesal betul makan nasi goreng kat restoren abang 'Gangster', tak pasal-pasal sakit perut tahan kentut. Aku sedih ni, sedih! kau paham tak perempuan!?
Batang Kail : huh? (tiba-tiba)
Izzah : Tolong lah, En. Aris. kasihanilah Izzah, please.
Aris : apakehel pulak ko ni perempuan!?
Izzah : Kahwinilah saya En. Aris. Hanya itu je yang saya mintak, encik.
Aris : Opocot! tak sedar diri punya perempuan. jangan paksa aku, aku nak terkentut ni!
Izzah : Tolonglah En. Aris. En Aris baik kn kn. (membodek)
Aris : hey perempuan! hey walley walley hey walley! hey!
Izzah : ??
Aris : kau dengar sini, perempuan. Taraf kau yang hina tu sebenarnya tak layak kahwin dengan aku!
lagipun, aku pun masih lagi sedih dek dikecewakan oleh Liyana Jasmay.
Izzah : ............. (senyap)
Aris : ............... (senyap juga)
Batang Kail : ......... (senyap bersama-sama)
Izzah : ala.. jgn la macam ni, En. Aris. (cubaan membodek)
Aris : huh!
Izzah : En. Aris ni... main perut sikit, main perut sikit, Hihihi..
Aris : Aku kata jangan, jangan lah...! (marah-marah manja gitu)
Izzah : (meraba lagi dengan lebih ghairah)
Aris : (sengih-sengih nikmat gitu, then...) Pprruuuuuuttttt.
Direktor : Ok. Cut! Cut! terbaik lah korang punya 'performance'. gerenti menang ABPBH la korang tahun ni. hmmmm... segar. (sambil sedut sikit-sikit)
Batang Kail : Haram!
Location:
Desaru, 81900 Johor, Malaysia
Tuesday, 6 March 2012
Cerita
gua ni kalau bercerita, memang tak boleh jadi filem. jadi, malas lah gua nak bercerita.
Monday, 12 December 2011
Mengenal Diri
Hasil daripada tilikan depan cermin almari selama dua jam sehari untuk seminggu berturut-turut, akhirnya gua berpendapat bahawa gua punya personaliti ada macam dengan brader ni.
Gua tak kisah lu punya pendapat.
![]() |
| kalau dilukis wajah gua dengan pensil kaler, macam ni la hasilnya. |
Labels:
hari-hari
Monday, 8 August 2011
Monday, 1 August 2011
Kanak-kanak pun Reti Berpuasa.
di kesempatan ini, gua nk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua sahabat-sahabat gua tak kira lah di mana korang berada, di jepun ke, russia ke, jeli ke, kutub utara ke, narnia ke dan kat mana-mana lg lah.
so, di bulan ramadhan ni, kita jg diharuskan jgk untuk ber'puasa' drp melakukan perkara yang sia-sia, apatah lagi perkara yang dilarang oleh ALLAH. sebenarnya, gua cakap kt diri sendiri jgk ni. gua dah lama buat jenayah. dah berapa tahun lamanya gua membunuh macam mafia russia. dah berapa lama gua jadi penarik kereta macam 'mael lambung'. dah lama jgk gua main band macam 'zamri rockers' (semua ini tidak benar). so, kalau sekali setahun, gua berubah jadi baik skt tak salah gua rasa.
so, kepada sahabat-sahabat di luar sana, elakkan drp melakukan perkara yang sia-sia macam termenung ingatkan fasha sandha, tengok drama Nora Elena, add random girls kat facebook, bercakap sorang-sorang dan macam-macam lagi. dan kepada kaki pancing awek, tak payah nak memancing sangat dalam bulan ramadhan ni, tunggu raya baru pancing balik. kalau dah jodoh, tak kemana. =)
kalau dah perkara yang sia-sia pun kita diharuskan untuk dijuahi, apatah lagi perkara yang dilarang macam mengumpat, mencuri, rasuah dan macam-macam lg lah. so, bagi gua, langkah yg paling mudah untuk mengelakkan diri kita drp melakukan perkara-perkara yang tak patut ni ialah tidur. cara ni memang berkesan gua rasa sebab bila dah tidur, sempat lg ke kita nak mengumpat? sempat ke tangan gi mencuri? boleh ke otak ingatkan fasha sandha? mata tu boleh ke tengok drama Nora Elena? mulut pulak memang sah tak boleh bercakap.
oleh itu, lepas solat subuh, kita relax dulu ambil angin pagi sepoi-sepoi bahasa. lepas tu kita tidur. zohor bangun solat. lepas tu tidur lagi. bangun pulak solat asar. untuk mengelakkan jadi gila, tak payah tidur lepas asar. baca paper skt, tak payah gi bazaar ramadhan sebab kadang-kadang boleh terserampak dgn Fasha Sandha atau faezah Elai kat sana. boleh menguruskan pahala puasa jgk tu. so, kalau nak beli makanan, kirim je kat member. kalau jenis yang sebatang kara, kirim je kat anak jiran rumah sebelah. so, untuk lepas berbuka sampai ke tarawih, gua malas nak cite. Lu sendiri pun dah boleh plan.
so, kalau lu yang jenis malas nk tidur time puasa, lu boleh buat macam-macam benda yg berfaedah sebagai contoh tolong makcik joyah jual bakso kat tepi jalan petang-petang, pimpin tangan kucing jenab lintas jalan dan bermacam-macam lg. semua tu boleh menambahkan pahala puasa lu sendiri jgk tu.
gua pun dah rasa mengantuk ni. kejap lagi gua nk tidur.
p/s: try lu tengok gambar kat bawah ni, lepas tu bajet-bajet berfikir skt.

| main bola bulan puasa. bukan sembarangan! |
Thursday, 28 July 2011
Malaysia vs Singapura
malam ni gua nak tidur pakai jersey malaysia yang warna biru sebab yang sehelai tu je gua ada. bangun pagi esok, lepas solat subuh gua nak training betul-betul kasi badan gua fit sikit. gua nak jogging, lari dalam guni, panjat pokok kelapa, lastik burung, cabut rumput dan geletek mak bidah latah. gua nak training betul-betul ni sebab gua nak jadi pemain defender bola sepak malaysia. bukanya susah nak jadi defender. orang tua cakap, bila pemain lawan datang serang, kita relax je. player kena tenang, jangan kalut.
tahniah jgk kpd HARIMAU MALAYA!
p/s: main bola untuk malaysia ni bukan macam main sorok-sorok liga kampung.
tahniah jgk kpd HARIMAU MALAYA!
p/s: main bola untuk malaysia ni bukan macam main sorok-sorok liga kampung.
Labels:
hari-hari
Monday, 25 July 2011
Hadiah Hari Lahir
![]() |
| semalam aku rasa ada orang bagi ni, tapi bila dah bangun pagi ni, takde pulak. mimpi rupanya.... |
Plastic box yang kat bawah ni, mak gua yang bagi sebab gua mintak dengan dia. thanx Ma (mak).
| versi original |
foto yang kat bawah ni, versi selepas gua upgrade skt dgn penambahan di bahagian body part. gua tampal sticker skuterama kat gua punya plastic box. sesi upgrade ni di buat masa kejadian ini berlaku.
| gua suke sticker ni. |
yang bawah ni pulak hadiah lama daripada seorang sahabat.
hadiah ni dah lama gua dapat. gua sendiri pun dah tak ingat berapa tahun dia punya lama. perfume adidas tu gua pakai dah lama, tapi sampai sekarang tak habis-habis lg. gua sendiri pun tak paham.
apa-apa pun, terima kasih kepada sahabat gua.
| dua keping gambar ni, gua try balajar capture guna DSLR pinjam. ok tak? |
p/s: sahabat-sahabat yang lain bila lagi nak bg hadiah kat gua? kalau dapat tenggiling laut sekor pun gua terima je.. =P
Labels:
hari-hari
Friday, 22 July 2011
Feel Solat Jumaat
di hari yang indah ini, penghulu segala hari. solat jumaat memang gua wajib buat. gua umat islam, beb!. macam biasa, gua pergi solat jumaat dgn bapak gua. adik gua pergi sendiri sebab dia mandi lambat. bapak gua memang suka pergi masjid awal-awal. dapat pahala sunat katanya.
sampai kat masjid, gua rasa nak buat lain skt ini hari, gua rasa macam nk duduk kat saf depan. so, gua pergi duduk kat saf kedua. kira depan jgk le tu. lepas tu imam baca khutbah, masa ni gua macam biasa, senyap. masa kecik-kecik cute dulu gua memang suka bercakap masa khatib baca khutbah. ada je topik-topik hangat gua nk berbual dgn member gua. pasal basikal la, pasal burung kakak tua la, pasal berbini empat la. masa kecik gua memang berfikiran luas. macam org tua. bila dah besar, otak pun banyak habuk.
berbalik kepada topik asal. so, bila dah besar ni, gua memang senyap bila khatib baca khutbah. gua jenis yg menitik beratkan pahala solat jumaat ni. ustaz gua cakap, kalau berkata-kata masa khutbah dibacakan, kosong pahala solat jumaat kita. sia-sia la, ye dak? tajuk khutbah jumaat kat masjid kampung gua minggu ni ialah 'sedekah'. kat kampung lain gua tak tahu la pulak. tak sempat pulak gua nak pergi merisik tanya orang kampung sebelah. mungkin tajuk aurat, mungkin jgk tajuk mengumpat, mungkin jgk pasal ramadhan. gua sendiri pn main teka je.
khutbah jumaat gua dengar elok-elok je walaupun kadang-kadang terbayang jugak wajah-wajah superman, captain america, batman dan catwoman dalam otak gua ni. sekali-sekala diorang datang jgk. walaupun gua tak tumpu 100% kpd khutbah td, tapi gua still ingat lagi isi-isi khutbah yang khatib baca td. berguna jgk otak gua ni. tp sikit-sikit je la. so, kita kena lah memberi sedekah dengan hati yang ikhlas, dengan wajah yang berseri gembira dan penuh rasa syukur. jangan pulak kita bersedakah dengan hati yang tak ikhlas, lepas tu wat muka macam ketat ala-ala artist k-pop malaysia gitu dan janganlah kita mengungkit pemberian sedekah kita sehingga menimbulkan rasa yang tidak senang kepada si penerima. jangan wat macam tu, tak baik. kalau orang lain buat kat kita macam mane? tak ke rasa sedih, menyampah, malu dan kecewa? kalau yang teruk lagi boleh timbul rasa nak terkucil sekali woo!
lepas tu, macam biasa jgk, akan ada solat jumaat dua rakaat. tak pernah dibuat orang, lepas khutbah je terus balik. so, jangan nak buat-buat tak tahu pulak. gua solat jumaat. lepas gua solat, baru gua balik. masa gua tengah berjalan balik menuju ke tangga masjid, gua rasa lain macam je. muka gua ok je, maintain macam farid kamil. tp feel tu rasa lain, tenang tu rasa macam meresap je dalam hati ni. insaf pun ada sikit-sikit. kalau boleh, hari-hari dapat feel macam ni kan best.
tapi sebelum gua balik ini hari, gua semapt jgk merasai feel yang lain macam lagi. gua tak pernah pun menjangka yang gua akan rasa feel ni di amsjid kampung gua sendiri. feel ni mungkin akan merubah hidup kita buat selamanya. feel ni memang boleh buat kita menangis, menitiskan air mata, beb! bukan feel biasa-biasa ni. jika tiada ini feel, mungkin taj mahal pun tak akan wujud woo. ini feel, boleh kasi beruk pun tak nak panjat pohon kelapa taw.
gua terkilan, 'selipar jepun gua hilang!'

Wednesday, 20 July 2011
Wordless Wednesday
Labels:
hari-hari,
photo,
wordless wednesday
Birthday Party!
![]() |
| pic google. KFC p.mas tak macam ni. |
bukannya takde KFC kat tempat gua (pasir puteh) tapi selamba je semalam (19th julai 2011) gua pergi sambut birthday gua sendiri sorang-sorang kat KFC pasir mas (kelantan). gua sendiri pun tak paham. gua drive sorang-sorang. order snack plate sorang-sorang. makan sorang-sorang dan kenyang sorang-sorang. muka gua tetap relax. feel itu penting bagi gua.
p/s: feel gua rasa dekat.
Labels:
hari-hari,
heart is hati.
Location:
Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Sunday, 17 July 2011
Pembunuh Tanpa Upah
![]() |
| muka gua kebiasaan, tapi petang semalam hati gua sayu skt (pic google) |
petang semalam, sedang gua kalut menampal sticker skuterama kat storage box plastic, gua terdengar riuh rendah bunyi bising mak dgn bapak gua kat luar rumah. gua pun tak tahu apa benda la yang kecoh sangat tu, yang gua pasti, bukan bunyi kecoh diorang mengumpat.
gua pun cuba lah bertanya mak gua. mak gua jawab ada ular. muka gua relax. tapi pancaindera gua yang lain tanpa disuruh meninggalkan kerja menampal sticker yang tertangguh dan gua terus bergegas ke luar rumah. biasa lah, gua anak jantan. kena lah ada sifat protective. ye dak?
sambil gua berjalan ke tempat kejadian, sempat jgk gua sambar kayu dgn batu bata di tepi laluan. memang bapak gua dah letak kayu dgn batu kat situ. sampai je di tempat kejadian, ular memang tengah lepak kat dalam longkang. macam dah tak de tempat lain. bapak gua ada sekali kat situ. gua pegang kayu dengan batu bata. memang nampak perkasa. baju pun tak pakai petang semalam. rupanya bapak gua nak cepat sebab dia dgn mak gua nk pergi tempat orang kenduri. so, dia serah tugas membunuh kepada gua. satu penghargaan bagi gua.
bukannya apa, untuk menjaga keselamatan family dan rumah gua daripada ancaman ular ni jgk.
sebenarnya, gua ni pun takut jgk bila berdepan dengan musuh yang liar seperti ular ni. memang gua yang jenis alahan(takut) ular. memang muka gua ni macam farid kamil. banyak parut jerawat. ganaz. tapi hati gua kadang-kadang tak sampai hati jgk nak bunuh binatang ni. takut pun ada jgk.
selepas parent gua berlalu pergi, gua mencari plan-plan terbaik untuk membunuh ular tadi. gua tak perlu nak amik masa lama sangat sebab gua pun terkejar jgk nak tengok live perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Liverpool kat dlm tv.
tanpa membuang masa, gua jolok ular tu dengan kayu, lepas tu gua tindih ekor ular dengan bata sebab tak nak bagi dia bergerak. ni pun gua heran jgk, si ular macam tak melawan je dengan gua. macam rela je untuk dibunuh. ikut je apa yang gua buat. tidak pulak ia meraung kesakitan. memang seekor ular yang penyabar.
gua jolok, lepas tu jolok lagi, jolok lagi dan kali terakhir gua jolok, si ular pose baik punya. posisi yang paling gua suka sebab senang gua nak membunuh. bapak gua ajar, nak bunuh ular, ketuk kepalanya. cepat ular mati.
bila dah baik posingnya, gua hentam-hentam kepala ular tadi. sikit pun ia tak melawan. sekali gua hentam, bermacam jenis perasaan wujud dalam diri gua. sekali hentam, rasa excited, takut pun ada jgk. dua kali hentam, gua rasa sedih bercampur pilu pun ada. dan kali terakhir hentam gua rasa nak terberak sebab dah dua hari tak berak.
selepas gua pastikan kematian ular tu, gua terduduk dan termenung memikirkan nasib si ular yang mati tadi. kalau ia ular betina, bagaimana dengan anak-anak dan suami ia? pakwe ia? sapa nak uruskan bisnes butik pakaian? (kalau ada) bagaiamana pula tanggungjawab ia terhadap masyarakat ular-ular? persoalan berkejar-kejaran dalam otak gua. kalau ular ni jenis jantan, gua tak berapa nak pikir sangat. tak sempat. gua terkejar-kejar sebab nak tengok live match bola sepak malaysia.
petang tu gua memang pasti satu perkara, rasa yang nak berak tu adalah satu perasaan yang benar. ikhlas gua cakap.
| kepala si ular yang gua hentam. |
maafkan aku, si ular.
Labels:
hari-hari
Subscribe to:
Posts (Atom)