Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram

Sunday 31 July 2011

Tarikh

- 31 julai 2008 -

gua masih ingat tarikh ni. kadang-kadang bila ada orang tanya, gua saje buat-buat lupa.
sekarang, gua punya feel lain macam skt.

Saturday 30 July 2011

vintage HAWAII MICKEY MOUSE t shirt


gua suka baju ni. walaupun tak berapa nak rare sgt, gua tetap suka. dah lama jgk gua dapat baju ni, lebih kurang setahun yang lepas seingat gua. 




komposisi material untuk baju ni ialah 50% cotton dan 50% polyester. so, baju yang jenis 50/50 material ni memang selesa untuk dipakai di samping ia juga akan memberi potongan mengikut bentuk badan bila dipakai. harga market untuk baju ni sekarang tak lah mahal sgt gua rasa. tak sampai rm100 pun gua rasa. gua pun tak pasti, main agak-agak je.


label t shirt

disebabkan baju ni warna pink, gua pun kena fikir masak-masak dulu sebelum pakai. gua ni perkasa, mana boleh pakai kaler pink. tak gitu? pada mulanya baju ni gua nak hadiahkan kpd orang yang paling rapat dgn gua, tapi tak sempat je nak bagi. so, gua rasa lebih baik simpan je baju ni.

Thursday 28 July 2011

Malaysia vs Singapura

malam ni gua nak tidur pakai jersey malaysia yang warna biru sebab yang sehelai tu je gua ada.  bangun pagi esok, lepas solat subuh gua nak training betul-betul kasi badan gua fit sikit. gua nak jogging, lari dalam guni, panjat pokok kelapa, lastik burung, cabut rumput dan geletek mak bidah latah. gua nak training betul-betul ni sebab gua nak jadi pemain defender bola sepak malaysia. bukanya susah nak jadi defender. orang tua cakap, bila pemain lawan datang serang, kita relax je. player kena tenang, jangan kalut.

tahniah jgk kpd HARIMAU MALAYA!

p/s: main bola untuk malaysia ni bukan macam main sorok-sorok liga kampung.

Monday 25 July 2011

Hadiah Hari Lahir


semalam aku rasa ada orang bagi ni, tapi bila dah bangun pagi ni, takde pulak. mimpi rupanya....

Plastic box yang kat bawah ni, mak gua yang bagi sebab gua mintak dengan dia. thanx Ma (mak). 

versi original

foto yang kat bawah ni, versi selepas gua upgrade skt dgn penambahan di bahagian body part. gua tampal sticker skuterama kat gua punya plastic box. sesi upgrade ni di buat masa kejadian ini berlaku.





gua suke sticker ni.

yang bawah ni pulak hadiah lama daripada seorang sahabat.


hadiah ni dah lama gua dapat. gua sendiri pun dah tak ingat berapa tahun dia punya lama. perfume adidas tu gua pakai dah lama, tapi sampai sekarang tak habis-habis lg. gua sendiri pun tak paham.

apa-apa pun, terima kasih kepada sahabat gua.

dua keping gambar ni, gua try balajar capture guna DSLR pinjam. ok tak?

p/s: sahabat-sahabat yang lain bila lagi nak bg hadiah kat gua? kalau dapat tenggiling laut sekor pun gua terima je.. =P

Friday 22 July 2011

Feel Solat Jumaat

di hari yang indah ini, penghulu segala hari. solat jumaat memang gua wajib buat. gua umat islam, beb!. macam biasa, gua pergi solat jumaat dgn bapak gua. adik gua pergi sendiri sebab dia mandi lambat. bapak gua memang suka pergi masjid awal-awal. dapat pahala sunat katanya.

sampai kat masjid, gua rasa nak buat lain skt ini hari, gua rasa macam nk duduk kat saf depan. so, gua pergi duduk kat saf kedua. kira depan jgk le tu. lepas tu imam baca khutbah, masa ni gua macam biasa, senyap. masa kecik-kecik cute dulu gua memang suka bercakap masa khatib baca khutbah. ada je topik-topik hangat gua nk berbual dgn member gua. pasal basikal la, pasal burung kakak tua la, pasal berbini empat la. masa kecik gua memang berfikiran luas. macam org tua. bila dah besar, otak pun banyak habuk.

berbalik kepada topik asal. so, bila dah besar ni, gua memang senyap bila khatib baca khutbah. gua jenis yg menitik beratkan pahala solat jumaat ni. ustaz gua cakap, kalau berkata-kata masa khutbah dibacakan, kosong pahala solat jumaat kita. sia-sia la, ye dak? tajuk khutbah jumaat kat masjid kampung gua minggu ni ialah 'sedekah'. kat kampung lain gua tak tahu la pulak. tak sempat pulak gua nak pergi merisik tanya orang kampung sebelah. mungkin tajuk aurat, mungkin jgk tajuk mengumpat, mungkin jgk pasal ramadhan. gua sendiri pn main teka je.

khutbah jumaat gua dengar elok-elok je walaupun kadang-kadang terbayang jugak wajah-wajah superman, captain america, batman dan catwoman dalam otak gua ni. sekali-sekala diorang datang jgk. walaupun gua tak tumpu 100% kpd khutbah td, tapi gua still ingat lagi isi-isi khutbah yang khatib baca td. berguna jgk otak gua ni. tp sikit-sikit je la. so, kita kena lah memberi sedekah dengan hati yang ikhlas, dengan wajah yang berseri gembira dan penuh rasa syukur. jangan pulak kita bersedakah dengan hati yang tak ikhlas, lepas tu wat muka macam ketat ala-ala artist k-pop malaysia gitu dan janganlah kita mengungkit pemberian sedekah kita sehingga menimbulkan rasa yang tidak senang kepada si penerima. jangan wat macam tu, tak baik. kalau orang lain buat kat kita macam mane? tak ke rasa sedih, menyampah, malu dan kecewa? kalau yang teruk lagi boleh timbul rasa nak terkucil sekali woo!

lepas tu, macam biasa jgk, akan ada solat jumaat dua rakaat. tak pernah dibuat orang, lepas khutbah je terus balik. so, jangan nak buat-buat tak tahu pulak. gua solat jumaat. lepas gua solat, baru gua balik. masa gua tengah berjalan balik menuju ke tangga masjid, gua rasa lain macam je. muka gua ok je, maintain macam farid kamil. tp feel tu rasa lain, tenang tu rasa macam meresap je dalam hati ni. insaf pun ada sikit-sikit. kalau boleh, hari-hari dapat feel macam ni kan best.

tapi sebelum gua balik ini hari, gua semapt jgk merasai feel yang lain macam lagi. gua tak pernah pun menjangka yang gua akan rasa feel ni di amsjid kampung gua sendiri. feel ni mungkin akan merubah hidup kita buat selamanya. feel ni memang boleh buat kita menangis, menitiskan air mata, beb! bukan feel biasa-biasa ni. jika tiada ini feel, mungkin taj mahal pun tak akan wujud woo. ini feel, boleh kasi beruk pun tak nak panjat pohon kelapa taw.

gua terkilan, 'selipar jepun gua hilang!'

Wednesday 20 July 2011

Wordless Wednesday

Birthday Party!

pic google. KFC p.mas tak macam ni.

bukannya takde KFC kat tempat gua (pasir puteh) tapi selamba je semalam (19th julai 2011) gua pergi sambut birthday gua sendiri sorang-sorang kat KFC pasir mas (kelantan). gua sendiri pun tak paham. gua drive sorang-sorang. order snack plate sorang-sorang. makan sorang-sorang dan kenyang sorang-sorang. muka gua tetap relax. feel itu penting bagi gua.

p/s: feel gua rasa dekat.

Sunday 17 July 2011

Pembunuh Tanpa Upah

muka gua kebiasaan, tapi petang semalam hati gua sayu skt (pic google)

petang semalam, sedang gua kalut menampal sticker skuterama kat storage box plastic, gua terdengar riuh rendah bunyi bising mak dgn bapak gua kat luar rumah. gua pun tak tahu apa benda la yang kecoh sangat tu, yang gua pasti, bukan bunyi kecoh diorang mengumpat.

gua pun cuba lah bertanya mak gua. mak gua jawab ada ular. muka gua relax. tapi pancaindera gua yang lain tanpa disuruh meninggalkan kerja menampal sticker yang tertangguh dan gua terus bergegas ke luar rumah. biasa lah, gua anak jantan. kena lah ada sifat protective. ye dak?

sambil gua berjalan ke tempat kejadian, sempat jgk gua sambar kayu dgn batu bata di tepi laluan. memang bapak gua dah letak kayu dgn batu kat situ. sampai je di tempat kejadian, ular memang tengah lepak kat dalam longkang. macam dah tak de tempat lain. bapak gua ada sekali kat situ. gua pegang kayu dengan batu bata. memang nampak perkasa. baju pun tak pakai petang semalam. rupanya bapak gua nak cepat sebab dia dgn mak gua nk pergi tempat orang kenduri. so, dia serah tugas membunuh kepada gua. satu penghargaan bagi gua.

bukannya apa, untuk menjaga keselamatan family dan rumah gua daripada ancaman ular ni jgk.

sebenarnya, gua ni pun takut jgk bila berdepan dengan musuh yang liar seperti ular ni. memang gua yang jenis alahan(takut) ular. memang muka gua ni macam farid kamil. banyak parut jerawat. ganaz. tapi hati gua kadang-kadang tak sampai hati jgk nak bunuh binatang ni. takut pun ada jgk.

selepas parent gua berlalu pergi, gua mencari plan-plan terbaik untuk membunuh ular tadi. gua tak perlu nak amik masa lama sangat sebab gua pun terkejar jgk nak tengok live perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Liverpool kat dlm tv.

tanpa membuang masa, gua jolok ular tu dengan kayu, lepas tu gua tindih ekor ular dengan bata sebab tak nak bagi dia bergerak. ni pun gua heran jgk, si ular macam tak melawan je dengan gua. macam rela je untuk dibunuh. ikut je apa yang gua buat. tidak pulak ia meraung kesakitan. memang seekor ular yang penyabar.

gua jolok, lepas tu jolok lagi, jolok lagi dan kali terakhir gua jolok, si ular pose baik punya. posisi yang paling gua suka sebab senang gua nak membunuh. bapak gua ajar, nak bunuh ular, ketuk kepalanya. cepat ular mati.

bila dah baik posingnya, gua hentam-hentam kepala ular tadi. sikit pun ia tak melawan. sekali gua hentam, bermacam jenis perasaan wujud dalam diri gua. sekali hentam, rasa excited, takut pun ada jgk. dua kali hentam, gua rasa sedih bercampur pilu pun ada. dan kali terakhir hentam gua rasa nak terberak sebab dah dua hari tak berak.

selepas gua pastikan kematian ular tu, gua terduduk dan termenung memikirkan nasib si ular yang mati tadi. kalau ia ular betina, bagaimana dengan anak-anak dan suami ia? pakwe ia? sapa nak uruskan bisnes butik pakaian? (kalau ada) bagaiamana pula tanggungjawab ia terhadap masyarakat ular-ular? persoalan berkejar-kejaran dalam otak gua. kalau ular ni jenis jantan, gua tak berapa nak pikir sangat. tak sempat. gua terkejar-kejar sebab nak tengok live match bola sepak malaysia.

petang tu gua memang pasti satu perkara, rasa yang nak berak tu adalah satu perasaan yang benar. ikhlas gua cakap.



kepala si ular yang gua hentam.

maafkan aku, si ular.

Malaysia (3) - (6) Liverpool

poster promo. suarez tak main pun td (pic by google)

Selepas dikalahkan oleh gergasi inggeris, Arsenal dgn 0-4, hari ini pasukan bola sepak malaysia atau harimau malaya kalah lagi kepada raksasa inggeris jgk iaitu Liverpool (3-6). gol malaysia telah dijaringkan oleh safiq rahim (kapten) hasil sepakan percuma bertaraf antarabangsa gua kira dan dua biji gol lg oleh safee sali hasil bantuan drp amirul hadi zainal dan rizal fahmi. gol liverpool pulak gua tak berapa nak ingat sangat, gua rasa kuyt, ngog, maxi dan sorang lg gua xingt nama dia. sorry la, gua tak berapa ahli sgt pasal player liverpool ni.

gua nak ucapkan berbanyak tahniah kepada pasukan malaysia, walaupun kalah. pasukan malaysia telah menunjukkan semangat kesukanan yang agak baik jgk pada pandangan gua. walaupun ada skt-skt dan banyak kelonggaran dalam permainan yang dipamerkan. gua harap, next game lebih cemerlang dan menyengat. nt nk lawan chelsea lg. tak kan nak main macam ni jugak.

idola gua dalam game ni ialah safiq rahim sebab dia jaringkan gol yang bergaya gua kira. bukan senang woo.. membolosi gawang liverpool lg tu, pasukan yang dikenali sebagai salah satu gergasi eropah tu. selain itu, fadhli shas dan mohd muslim juga mencuri tumpuan gua. sebab mereka tersilap dan memberi peluang kepada Ngog untuk membolosi kawalan apek (khairul fahmi). tapi xpe, sb gua dah tahu. main bola bukannya senang macam main kawen-kawen atau main-main cinta. next time, minimize kan mistake. well done bros!! tahniah jgk kepada farisham, rizal fahmi dan syakir shaari kerana diberi kepercayaan oleh datuk k.rajagopal untuk bermain bersama skuad malaysia hari ni walaupun mereka jg membuat mistake sehingga memberi peluang kepada pasukan liverpool menambah jaringan. xpe, macam gua cakap td, main bola bukannya macam main konda-kondi. semoga kalian akan membantu pasukan kelantan dengan pengalaman-pengalaman baru di kem pasukan negara.

free kick by safiq rahim.
melepasi kawalan Brad Jones.
source tiga gambar: Shazli Shamsuddin Photography

kalah atau menang, gua tak kira, gua tetap sokong pasukan malaysia!! orang lain gua malas nk komen la. suka hati diorang lah nak sokong team mana. yang sedikit gua heran, ramai yang pakai baju wrna merah. yang pakai kuning pun ada. tp gua tengok, bila malaysia score, semua bersorak. bila liverpool score, semua pun bersorak. memang penyokong yg jenis flexible gua rasa. memang canggih!!

gua pinjam kata-kata arwah mokhtar dahari (super mokh):
IF YOU ARE ASHAMED TO STAND BY YOUR COLORS, YOU HAD BETTER SEEK ANOTHER FLAG!

p/s: gua tak nampak pulak ULTRAS MALAYA dlm tv td or tv yg tak nak tunjuk?

Saturday 16 July 2011

Anugerah Planet Muzik 2011


Part yang gua paling suka: Didie Alias keluar jadi lady gaga masa intro. memang idea agak mangkuk sumbing jgk gua kira.

part2 lain seperti part mat-mat jambu singapore, show nyanyi tersemput-semput kering gusi dan siaran tergendala, gua tak berapa nak in sangat.

Friday 15 July 2011

First Follower

pic lu, gua cilok dlm FB (jangan marah ;-p).
setimbun ucapan tahniah dan sekandang rasa terima kasih kepada Mohd Dinie Muhaimin kerana menjadi manusia pertama yang FOLLOW blog gua. gua sungguh terharu. sob3. sambil menangis, gua terkentut sekali.


sini jgk gua letak video aktiviti kegemaran yang lu buat bila kelapangan. haha

p/s: thanks for your support BRO. kahwin nanti, jgn lupa hantar kad. hehe

Monday 11 July 2011

RASA

setiap hari aku berlari,
semakin laju aku berlari,

semakin lambat ia hilang daripada ku.

setiap hari aku berlari,
semakin jauh aku berlari,

semakin dekat jaraknya dengan ku.

RASA bersalah yang lampau.

Monday 4 July 2011

Permainan

sedang asyik gua berjalan melalui lorong haji masdot, tiba-tiba gua terpandang sejenis tapak kaki yang agak aneh gamaknya. bukan jenis tapak kaki makhluk darat gua kira. tidaklah banyak, tapi jarang-jarang kesannya.

gua rasa ingin tahu. then, gua perhatikan betul-betul tapak kaki itu dan gua ikut jejak itu. dalam kepala gua, terbayang-bayang akan 'Alien' (pemikiran tipikal). ikut punya ikut, gua kira hampir 20 meter jugak gua follow kesan jejak itu.

terleka jugak gua bila buat kerja mengikut jejak. semakin lama gua follow jejak, semakin panas gua rasa kesan tapak kaki tu. gua pun tak tahu kenapa. kadang-kadang panasnya macam air yang mendidih. panas jugak tapak kaki mahkluk ni.

seketika kemudian, alangkah terkejutnya gua bila ternampak satu makhluk hitam sedang berjalan di depan gua. gua kira, makhluk ni tuan punya tapak kaki. makhluk itu berjalan slow-slow. tidak laju langkahnya. gua rasa itu makhluk bukan alien!!.

time tu jugak gua rasa takut, tapi gua lawan rasa takut tu. baru la jantan beb!! gua lari mengejar mahkluk tersebut dan melintas di hadapan makhluk itu. alangkah terkejut kambingnya gua bila gua tengok makhluk tersebut!! gua kenal itu makhluk. cikgu gua pernah bagitahu. nasib baik gua rajin pergi sekolah masa zaman budak-budak. itu penyu!!

gua perhatikan penyu ni, bukan calang-calang penyu gua kira. pakai spek Ray-ban, seluar levis. jenis yang pandai bergaya gua rasa. tapi yang gua paling kagum, ada choki-choki kat mulut penyu. bukan main-main penyu ni. spesis penyu yang follow perkembangan trend manusia gua kira.

gua pun tak tercapai akal nak memikirkan bagaimana penyu boleh ada kat lorong hj masdot. apa gua peduli? alang-alang gua jumpa penyu, lebih baik gua bertanya khabar. gua sengaja nak menunjukkan sifat yang prihatin terhadap penyu. belum sempat gua bertanya, si penyu itu membuka spec ray-ban, choki-choki tetap di mulut dan berkata,

"mimpi itu hanyalah permainan tidur".

kata-kata penyu itu telah membantutkan niat gua untuk bertanya khabar beliau. pendek dan ringkas si penyu berkata-kata. gua pun musykil bagaimana penyu boleh bercakap. yang gua tahu, penyu menangis je. macam lagu arwah sudirman. gua berlalu pergi. tinggal penyu berseekoran.

sudah dua hari gua memikirkan kata-kata si penyu itu. susah jugak gua nak faham dan hadam kata-katanya. entah apa kejadah motif si penyu berkata-kata begitu kepada gua. gua pun naik hairan dengan penyu di lorong hj masdot itu.

fikir punya fikir, hari ketiga baru lah gua faham. ada betulnya jugak kata-kata si penyu itu. mimpi hanyalah game. macam main PES jugak gua rasa. tak pun macam game super mario atau bola kaki tiga. konda-kondi pun boleh. so, gua pun tak payah nak serius sangat pasal mimpi ni. ye dak, penyu?

trendsetter punya penyu (pic by Google)


p/s: melalut punya entry.

Mara

TAHNIAH kepada pasukan bola sepak malaysia (harimau malaya) kerana mara ke peringkat seterusnya untuk kelayakan Piala Dunia. walaupun malaysia tewas kepada taiwan 2-3 di tempat lawan, namun malaysia mara ke peringkat seterusnya dengan aggregate 4-4 (kelebihan dua gol di tempat lawan).

ini game gua sempat tengok separuh masa kedua je. gua ingat game start pukul 8. rupanya sebelum maghrib lagi dah start. lepas solat maghrib, gelabah gua pergi kedai makan tengok bola. semangat bola punya pasal. isyak pun gua belum solat lagi ni. nasib baik gua yang jenis tak lupa solat (up diri sendiri).

sekali lagi tahniah kepada pasukan bola sepak malaysia. permainan pun boleh tahan hebatnya. taiwan pun boleh tahan jugak diorang fight dengan malaysia. gua mengharapkan pasukan malaysia dapat memperkemaskan lagi mutu dan gaya permainan. baru la best. main macam gua. baru la legend. (gua pandai main PES)

p/s: malam ni gua tak sempat main PES. semalam gua menang lawan pesa.

lain macam je gua tengok lu. (picture from Google)

Sunday 3 July 2011

masa kecik-kecik malas membaca

source: here
masa kecik tak nak membaca, bila dah besar dan hensem macam brad pitt baru nak membaca. itu aku. budak-budak yang rajin membaca sekarang, bila dah besar mesti dah malas baca kn? sebab masa kecik dah rajin membaca, bila dah besar mestilah rajin buat benda lain pulak. membaca je, mestilah boring. sekali-sekala menjahit ke, main layang-layang ke, garu belakang kuda ke, lari-lari anak itik ke, atau mandi dalam gelas mesti tidak membosankan.

so, hari ni dah masuk hari ke tiga aku tak membaca buku. sebab dah tak ada buku yang nak dibaca. bosan. tiga hari sebelum ni, aku telah habis membaca buku 'SPERMA CINTA'. sebenarnya, aku pun tak tahu nak panggil buku ke antologi sehijau anak daun. sebab orang panggil buku sperma cinta ni sebagai 'blook'. aku sendiri pun tak tahu menatang spesis harimau apakah 'blook' tu.

aku panggil buku je lah ye. buku ni aku beli dengan anip si puteh masa kat 'fixie gathering' di dataran bandaraya JB pada 25hb jun tempoh hari. si anip ni salah seorang peserta car boot sale. aku pun salah seorang peserta jugak. so, si anip ni dia jual baju-bajan dan ada 2,3 jenis buku. masa aku melawat booth dia, aku terbelek buku-buku yang dia jual. aku berkenan dengan buku 'sperma cinta' ni. aku pun beli. harus diingat, ini bukan buku lucah. harga rm18. balik rumah, aku terus baca. tapi tak terus habis sejam kemudian. bukan 10 muka surat je, tapi 140 lebih. tebal jugak beb.

bila baca baru tahu, buku ni bukan novel tapi himpunan penulisan-penulisan blogger 'linglung' merangkap penulis buku ni. lebih kurang himpunan cerpen beliau la. penulisan beliau pun bukan calang-calang jugak, agak hebat juga bagi aku. seolah-olah macam ayam jantan bertelur hebatnya. kadang-kadang marah juga aku bila baca buku ni. penulisan beliau kadang-kadang membuatkan aku gelak sorang-sorang. nasib baik, aku baca sorang-sorang dalam bilik. kalau aku pi baca kat taman rekreasi gunung kinabalu atau kat taman KLCC yang confirm ramai orang, macamane? tak ke orang panggil aku gila kalau gelak sorang-sorang. marah betul aku. ni la first time aku baca buku, lepas tu tergelak sorang-sorang. ciss! tak guna.

pendapat aku, penulis banyak menulis kisah hidup beliau dan tak kurang jugak kisah-kisah rekaan. yang rekaan pun best, yang betul-betul pun best. aku pun malas nak tulis panjang, kalau tak percaya, pergi beli dan baca. tapi kalau tergelak sorang-sorang, padan muka.

kalau nak follow blog penulis, tengok sini.

p/s: bila dah baca buku ni baru aku sedar, penulisan ayob pun tak kurang hebatnya.

Aku Tak Ingat

tengahari tadi, aku tidur. biasanya, bila dah tidur, mesti la bermimpi. tak gitu? so, aku tidur dan bermimpi. aku mimpi, jumpa ex-gf dalam mimpi. dia pakai baju kurung. baru balik dari pergi mengajar sekolah gamaknya. aku lambai tangan menyapa. then, dia?

aku tak ingat. mimpi ni kadang-kadang tak jelas. tak sama macam tengok cite transformers 3, ada je ending cite.

p/s: agak-agak korang, kalau aku tidur sekarang, mimpi boleh bersambung macam drama melayu tak? mcam drama nora elena ke, chaparela ke, pengako sayo ke, joe jambul ke?

My Podshop

Photobucket