Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram

Saturday 10 November 2012

Budak Praktikal

Sekali-sekala gua ter'flash back' zaman praktikal di shah alam dua tahun lepas. bangun pagi-pagi, gua mandi. lepas mandi gua semayang subuh. lepas tu gua ke dapur buat air kopi lebih-lebih kurang lagak-lagak brekfes org korporat. lepas brekfes, gua masuk bilik untuk sarung baju kemeja polka-dot biru dengan seluar slack ZARA. lepas tu pakai stokin sebelum gua sarung kasut BALLY. Mak aih! bukan main-main lagi gua time tu. dah perasan macam bos-bos besar.

Sampai opis, seperti kebiasaan budak-budak praktikal yang berpraktikal di sebuah kampeni, gua membuat segala kerja 'entah apa-apa' yang biasa budak praktikal buat.


Jangan anggap org opis yg pakai mcm ni tak buat kerja2 fotostat selama bertahun-tahun. boleh jadi jawatan dia 'pengarah urusan fotostat'



Saturday 20 October 2012

Turbo

Semalam gua baca buku Jusoh Turbo. Hari ni gua ter'Turbo' dalam jamban. Dia punya 'Turbo' padu jgk pergi nya.

diagram ni sepatah haram pun aku tak paham.

Wednesday 29 August 2012

Jawapan

TIDAK (no).

Tidak salah kalau gua menyembunyikan kekecewaan. Tidak salah gua rasa.

Sunday 13 May 2012

Naik Bas

Minggu ni, dah dua hari berturut-turut saya naik bas pergi ke fakulti. Rasanya dah lama tak naik bas pergi ke fakulti. Paling lama pun masa tahun satu time degree dulu. Masa tu baru nak berjinak-jinak dengan kehidupan kampus. So, naik bas la baru nampak student life. hehe. Sekarang ni saya dah habis belajar. dah konvo dah pun. Tengok tu, bila dah konvo ni ayat pun dah jadi lain macam sikit. Sopan. kih kih kih.

Bila baru naik bas setelah sekian lama tak naik bas, dia punya feel rasa lain sikit. Rasa terhibur sebab drebar pasang radio kuat-kuat, sejuk sebab aircond pun pasang kuat-kuat dan rasa nak terkentut pun ada tapi saya tahan je sebab dalam bas yang tertutup dan beraircond ni kalau kentut, takde etika pulak perbuatanya. Ewah, dah pandai pulak saya ni cakap pasal etika-etika semenjak dua menjak ni. Ini mesti konvo punya penangan.  hehe.

Boleh tahan eduketed jugak saya ni. Keh keh keh.

Wednesday 9 May 2012

First Time

Hari ni gua pergi jejalan kat pesta konvo utm. Gua teman mak gua pilih-pilih tudung. Gua pun tolong pilih tudung sekali. Ceh.. Jatuh saham gua sebagai gangster muka rambo.

Lepas tu gua pergi beli 'teddy bear' kaler pink gelap yang besarnya sama dengan size budak kecik umur 2, 3 bulan. Pastu gua bagi kat mak gua sebagai hadiah hari ibu (awal sikit gua bagi). Then, mak gua gelak He He He.

Sumpah first time!


ini baru rutin gua yang sebenar.

Friday 4 May 2012

Move On part 2

Post semalam punya cerita,

terlupa pulak gua nak mention yang gua ni pun berniaga pakaian terpakai secara atas talian.

begitulah khabarnya kakak-kakak jual jamu semua.


yang terlalu benar,
Naim Marinin (hensem).


P/S: bak kata mat salleh dalam bilik guru, "handsome is my middle name".

Thursday 3 May 2012

Move On

'move on' ni kata orang tua, memanglah sukar.

orang baru putus cinta memanglah sukar nak move on.

sebab diorang malu-malu kucing nak cari pasangan baru,

tapi dalam hati, tersentap-sentap nak cari orang baru. cehh.

so, gua punya story bukan pasal cinta jadah suam-suam kuku.

bukan jugak pasal pertarungan jebat dengan geng spender kat luar, 

tapi pasal benda lain,

kalau dulu gua jual roti gardenia lima posen dari bilik ke bilik,

sekarang gua cuba berjinak-jinak dengan perkhidmatan kereta sewa pulak.

harap-harap tak terbengkalai jatuh longkang Arked Cengal lah kali ni.

begitulah ceritanya wahai adik manis.

gua punya move on, lain macam sikit.


P/S: gua masih lagi mengekalkan formasi 1-1 yang selalu gua praktikkan dimana hayyi 'tulang' sebagai gua punya partner.


jadah apa pulak ada sayur kat sini??!!

Thursday 26 April 2012

Kantoi

semalam gua terkantoi. so, hari ni gua malas nak update blog.

Sekian.

Monday 23 April 2012

Ombak Rindu


Nama asal filem ni sebenarnya Ongbak Rim Saga FLX 17 inci DU 1414.

pelakon:

Aaron Malik sbg Aris,
Naim Karin sbg Izzah,
Joran Uzair sbg Batang Kail.
pokwe Gurka sbg Direktor.

scene 1.
 

 


Aris : hoi! mana perempuan ni? aku sakit perut ar! Menyesal betul makan nasi goreng kat restoren abang 'Gangster', tak pasal-pasal sakit perut tahan kentut. Aku sedih ni, sedih! kau paham tak perempuan!?

Batang Kail : huh? (tiba-tiba)




Izzah : Tolong lah, En. Aris. kasihanilah Izzah, please.

Aris : apakehel pulak ko ni perempuan!?

Izzah : Kahwinilah saya En. Aris. Hanya itu je yang saya mintak, encik.

Aris : Opocot! tak sedar diri punya perempuan. jangan paksa aku, aku nak terkentut ni!

Izzah : Tolonglah En. Aris. En Aris baik kn kn. (membodek)

Aris : hey perempuan! hey walley walley hey walley! hey!

Izzah : ??

Aris : kau dengar sini, perempuan. Taraf kau yang hina tu sebenarnya tak layak kahwin dengan aku! 
lagipun, aku pun masih lagi sedih dek dikecewakan oleh Liyana Jasmay.

Izzah : ............. (senyap)

Aris : ............... (senyap juga)

Batang Kail : ......... (senyap bersama-sama)




Izzah : ala.. jgn la macam ni, En. Aris. (cubaan membodek)

Aris : huh!

Izzah : En. Aris ni... main perut sikit, main perut sikit, Hihihi..

Aris : Aku kata jangan, jangan lah...! (marah-marah manja gitu)

Izzah : (meraba lagi dengan lebih ghairah)

Aris : (sengih-sengih nikmat gitu, then...) Pprruuuuuuttttt.




Direktor : Ok. Cut! Cut! terbaik lah korang punya 'performance'. gerenti menang ABPBH la korang tahun ni. hmmmm... segar. (sambil sedut sikit-sikit)

Batang Kail : Haram!

Tuesday 6 March 2012

Cerita


gua ni kalau bercerita, memang tak boleh jadi filem. jadi, malas lah gua nak bercerita.

My Podshop

Photobucket