Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram
Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Friday, 22 January 2016

Apakah bisnes yang sesuai untuk Student? Tonton video ni untuk tahu!


Bisnes terbaik untuk Student
Apakah bisnes yang sesuai untuk Student? Tonton video ni untuk tahu! ;)
Posted by Irfan Khairi on Wednesday, 25 November 2015

Friday, 15 January 2016

Ketahui Cara Untuk Perbanyakkan LIKE di Facebook Page anda

Tonton Video ini


Tonton video ini untuk mengetahui cara cara untuk perbanyakkan LIKE di Facebook Page anda.
Posted by Irfan Khairi on Thursday, 24 December 2015

Tuesday, 12 January 2016

Cara Bagaimana Untuk Meramaikan Followers di Instagram oleh #TanyaIKLive[replay]


Cara tingkatkan followers Instagram
Bagaimana untuk meramaikan Followers di Instagram?
Posted by Irfan Khairi on Sunday, 13 December 2015





Jom Follow Instagram dan Like Facebook Irfan Khairi 

Tuesday, 29 December 2015

Cristiano Ronaldo Menunjukkan Rumah Mewah Beliau Kepada Peminat





Cristiano Ronaldo Menunjukkan Rumah Mewah Beliau Kepada Peminat. Mengikut Blog Forbes.com, Rumah CR7 iaitu Pemain Bola Sepak Kelab Real Madrid, dikatakan Bernilai 5.4 Juta Euro, Bersamaan Dengan RM 24 Juta.

Mewah Betul Rumah CR7 kan? Berbaloi Dengan Usaha dan Performance yang dia tunjukkan di atas padang.

Jom Follow Naim Marinin di Instagram

Friday, 18 December 2015

Ini akibatnya jika anda berniaga di FB dan main Tag Nama orang di FB...



Manap Akan Marah...
Kalau nak meniaga kat facebook, Jangan Tag/Mention kawan2 Tanpa Izin..Kan Manap Dah marah!
Posted by Deanahmad.com on Wednesday, 16 December 2015

Jika anda Ingin Belajar Cara untuk berniaga di Facebook dengan Betul, Sertai Siri Facebook Masterclass yang dianjurkan oleh Pakar Perniagaan Internet, Irfan Khairi. Sila KLIK SINI.

Tuesday, 8 December 2015

Lelaki ini Jual Donat 10 sen pun masih Boleh Untung!


Jual donat 10 sen pon masih boleh untung :)
Walaupun harga 10 sen, Waliuddin berkata dia mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM40 untuk 1,000 donat yang terjual.By : Harian MetroMore : Sukan Star TV @ Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Monday, 7 December 2015

Thursday, 22 January 2015

AJL29 - Romancinta (Mojo feat Caliph Buskers)





Padu jugak suara brader azmi vokalis Caliph buskers ni. sikit je lagi nak sepadu suara abang ni. walaubagaimanapun, abang ucapkan tahniah kerana berjaya menyanyikan lagu Romancinta nyanyian asal Aweera bekas vokalis kumpulan Mojo. So, semoga brader azmi, caliph buskers dan tidak lupa brader Aweera sentiasa sukses dalam career mereka. good luck!

Monday, 13 October 2014

Cermin Ajaib

Kalau cermin ni ada kat the Curve, mutiara damansara, 
Sekarang juga abang pergi hadap. hehe







Thursday, 26 May 2011

KELANTAN (1) - T TEAM (2) [keputusan liga super 25 mei 2011]

the young red warriors (anak saudara aku)


note: penulisan ini ialah pasal pengalaman aku sahaja. bukan untuk membuat liputan sukan =)

hati aku sungguh sedih hari ni. hampa. kecewa. sungguh sayu hati ini apabila pasukan kesayangan (kelantan) kalah di tangan T Team (adik kepada pasukan Terengganu). ishk3. dari Pasir Puteh dengan cinta ke Kota Bharu semata2 untuk memberi sokongan kepada the red warriors dgn harapan terciptalah kemenangan. namun harapan sudah berkecai. rezeki tidak menyebelahi pasukan kelantan. sabor je la dengan hati yang terbuka. =)

ok!! di entry ini, aku bukan nk cite pasal perasaan sedih aku, tp aku nk cite skt pengalaman aku pergi tengok bola kt stadium sultan muhammad ke 4 di KB. kat stadium ni la T Team telah menumpaskan pasukan kelantan malam tadi.

firstly, aku drive dr pasir puteh (PP) dengan cinta ke KB bersama adik aku. memang semangat la pergi tgk bola. so, untuk pengetahuan korang, jarak antara PP ke KB lebih kurang 48km. tidaklah terlalu jauh. dekat je. =P

aku dan adik masuk stadium lepas solat maghrib kt surau stadium. perintah tuhan tidak pernah kami tinggal. minat kepada bola hendaklah bersesuaian dengan tuntutan agama islam. so, masa first masuk, memang dah sesak kt dalam. beribu-ribu org dah masuk. ramai betul penyokong pasukan kelantan a.k.a the red warriors. sudah pasti, stadium sudah penuh. so, kami tidak ada tempat duduk dan sudah pasti sekali lagi, bahawa kami terpaksa berdiri selama perlawanan berlangsung. tengok bola punya penangan.

tanpa membuang masa, aku nk citekan serba sedikit pasal perlawanan td. pada separuh masa pertama, pasukan kelantan tampak begitu bertenaga dan yakin menguasai perlawanan. beberapa percubaan dari pasukan kelantan tidak lah begitu menyengat pada awalnya. penjaga gol T Team namapak lebih relax kerana tidak begitu diuji. hanya kadang-kadang sahaja ada beberapa percubaan yang membahayakan pintu gol T Team. begitu juga percubaan pasukan T Team terhadap gawang kelantan yang diawasi oleh apex (khairul fahmi che mat). akhirnya, hampir 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama, T Team telah dihadiahkan sebiji gol oleh penjaga garisan botak di tepi padang. aku rasa gol tu kontroversi sebenarnya. dari pandangan mata aku, bola yang norfarahan (T Team) tanduk, sudah berada di garisan luar. bermakna bola sudah terkeluar (out). so, bola itu sepatutnya menjadi sepakan penjuru (corner kick) atau sepakan penjaga gol (goal kick). tp penjaga garisan tidak mengangkat bendera dan permainan di teruskan. bola yang ditanduk oleh norfarhan telah melambung ke tepi kiri gawang kelantan dan seorang pemain T Team berada di kawasan itu dan menanduk lagi bola itu menghala ke dalam gol kelantan. namun, apek lebih cepat tindak balasnya. dia telah menepis keluar bola itu. tp sayang, penjaga garisan mengangkat bendera dan mengatakan bola yang di tepis itu telah melepasi garisan gol walaupun tidak menerjah jaring. pasal tu ak tidak pasti. mungkin bola tu dah gol. tapi yang menjadi isu ialah bola out yang ditanduk oleh norfarhan. oh penjaga garisan!!! (aku tak nak bercerita tentang balingan mercun dan botol). disertakan beberapa gambar bantahan pemain kelantan terhadap penjaga garisan ekoran kontroversi gol pertama T Team.


 


source tiga gambar: userun photograpy


aku akan cuba menguploadkan sedutan video gol itu untuk gambaran lebih detail. tamat separuh masa pertama.


apek dan subra memaklumkan perihal gol pertama T team kepada pegawai KAFA. - gambar AmboSayeKelate.


separuh masa kedua bermula, penguasaan bola memihak kepada pasukan T Team. aku pun tak tahu kenapa. pemain pasukan kelantan nampak begitu tidak bersemangat. meraka kurang menguasai bola. beberapa siri serangan yang dicipta oleh pasukan kelantan menemui kegagalan. dipatahkan oleh pasukan T Team. masa ni memang aku rasa berdebar-debar. cuak pun ada. tambahan pula, perut ni asyik rasa nak berak. dari awal game lagi aku tahan. kerja gila..hahhaha.. aku tengok, penyokong pun macam dah putus semangat. rasa macam dah nak kalah walaupun meraka tetap bersorak. namun, sebelum masa tambahan, pasukan kelantan telah meraih gol penyamaan hasil umpanan nor shahrul idlan talaha (mat yo) dalam kotak penalti T Team yang disempurnakan oleh rembatan kaki kiri nurul azwan roya. bola menerjah jaring. semua penyokong bersorak. aku pun turut serta bersorak kegirangan walaupun perut aku ni rasa nak berak. dah lah tak boleh duduk. tempat dah penuh. berdiri dari awal sampai habis. nak krem je kaki ni rasa. ditambah pulak rasa nak berak. cukup pakej!!

bagi kami sebagai penyokong, gol penyamaan sudah memadai untuk mengubat duka. better seri daripada kalah. huhu.

dalam masa tambahan (sembilan minit), pasukan kelantan berhempas pulas untuk mencari gol kemenangan. siri serangan dilakukan bertalu-talu. namun akhirnya mengundang padah apabila kesilapan pertahanan kelantan telah memberi laluan kepada pasukan T Team untuk menambah jaringan. hasil jaringan indra putra. kedudukan menjadi kelantan (1) dan T Team (2). masa ni lah, saat paling sedih aku rasa. kecewa dan hampa. aku rasa, satu stadium senyap masatu. mungkin mereka juga sedang bersedih macam aku jugak. ishk3. selang beberapa minit, wisel pengadil berbunyi. tamat perlawanan.

apa-apa pun, tahniah kepada pasukan T Team dan pada pasukan kelantan yang tersayang, gandakan lagi usaha. aku harap, next game dengan T Team, kelantan pulak akan menang!!!! GKG. aku harap, kelantan akan menang pada semua baki empat perlawanan liga untuk menjadi juara liga super 2011!!! kelantan mesti bolot semua (juara liga super, juara piala FA, juara piala Malaysia)!!!. apa kata korang?


p/s: keluar je stadium, aku terus pergi cari toilet. meletup!!!



gol pertama T team.
source video: AmboSayeKelate

My Podshop

Photobucket