Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram

Thursday, 26 May 2011

KELANTAN (1) - T TEAM (2) [keputusan liga super 25 mei 2011]

the young red warriors (anak saudara aku)


note: penulisan ini ialah pasal pengalaman aku sahaja. bukan untuk membuat liputan sukan =)

hati aku sungguh sedih hari ni. hampa. kecewa. sungguh sayu hati ini apabila pasukan kesayangan (kelantan) kalah di tangan T Team (adik kepada pasukan Terengganu). ishk3. dari Pasir Puteh dengan cinta ke Kota Bharu semata2 untuk memberi sokongan kepada the red warriors dgn harapan terciptalah kemenangan. namun harapan sudah berkecai. rezeki tidak menyebelahi pasukan kelantan. sabor je la dengan hati yang terbuka. =)

ok!! di entry ini, aku bukan nk cite pasal perasaan sedih aku, tp aku nk cite skt pengalaman aku pergi tengok bola kt stadium sultan muhammad ke 4 di KB. kat stadium ni la T Team telah menumpaskan pasukan kelantan malam tadi.

firstly, aku drive dr pasir puteh (PP) dengan cinta ke KB bersama adik aku. memang semangat la pergi tgk bola. so, untuk pengetahuan korang, jarak antara PP ke KB lebih kurang 48km. tidaklah terlalu jauh. dekat je. =P

aku dan adik masuk stadium lepas solat maghrib kt surau stadium. perintah tuhan tidak pernah kami tinggal. minat kepada bola hendaklah bersesuaian dengan tuntutan agama islam. so, masa first masuk, memang dah sesak kt dalam. beribu-ribu org dah masuk. ramai betul penyokong pasukan kelantan a.k.a the red warriors. sudah pasti, stadium sudah penuh. so, kami tidak ada tempat duduk dan sudah pasti sekali lagi, bahawa kami terpaksa berdiri selama perlawanan berlangsung. tengok bola punya penangan.

tanpa membuang masa, aku nk citekan serba sedikit pasal perlawanan td. pada separuh masa pertama, pasukan kelantan tampak begitu bertenaga dan yakin menguasai perlawanan. beberapa percubaan dari pasukan kelantan tidak lah begitu menyengat pada awalnya. penjaga gol T Team namapak lebih relax kerana tidak begitu diuji. hanya kadang-kadang sahaja ada beberapa percubaan yang membahayakan pintu gol T Team. begitu juga percubaan pasukan T Team terhadap gawang kelantan yang diawasi oleh apex (khairul fahmi che mat). akhirnya, hampir 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama, T Team telah dihadiahkan sebiji gol oleh penjaga garisan botak di tepi padang. aku rasa gol tu kontroversi sebenarnya. dari pandangan mata aku, bola yang norfarahan (T Team) tanduk, sudah berada di garisan luar. bermakna bola sudah terkeluar (out). so, bola itu sepatutnya menjadi sepakan penjuru (corner kick) atau sepakan penjaga gol (goal kick). tp penjaga garisan tidak mengangkat bendera dan permainan di teruskan. bola yang ditanduk oleh norfarhan telah melambung ke tepi kiri gawang kelantan dan seorang pemain T Team berada di kawasan itu dan menanduk lagi bola itu menghala ke dalam gol kelantan. namun, apek lebih cepat tindak balasnya. dia telah menepis keluar bola itu. tp sayang, penjaga garisan mengangkat bendera dan mengatakan bola yang di tepis itu telah melepasi garisan gol walaupun tidak menerjah jaring. pasal tu ak tidak pasti. mungkin bola tu dah gol. tapi yang menjadi isu ialah bola out yang ditanduk oleh norfarhan. oh penjaga garisan!!! (aku tak nak bercerita tentang balingan mercun dan botol). disertakan beberapa gambar bantahan pemain kelantan terhadap penjaga garisan ekoran kontroversi gol pertama T Team.


 


source tiga gambar: userun photograpy


aku akan cuba menguploadkan sedutan video gol itu untuk gambaran lebih detail. tamat separuh masa pertama.


apek dan subra memaklumkan perihal gol pertama T team kepada pegawai KAFA. - gambar AmboSayeKelate.


separuh masa kedua bermula, penguasaan bola memihak kepada pasukan T Team. aku pun tak tahu kenapa. pemain pasukan kelantan nampak begitu tidak bersemangat. meraka kurang menguasai bola. beberapa siri serangan yang dicipta oleh pasukan kelantan menemui kegagalan. dipatahkan oleh pasukan T Team. masa ni memang aku rasa berdebar-debar. cuak pun ada. tambahan pula, perut ni asyik rasa nak berak. dari awal game lagi aku tahan. kerja gila..hahhaha.. aku tengok, penyokong pun macam dah putus semangat. rasa macam dah nak kalah walaupun meraka tetap bersorak. namun, sebelum masa tambahan, pasukan kelantan telah meraih gol penyamaan hasil umpanan nor shahrul idlan talaha (mat yo) dalam kotak penalti T Team yang disempurnakan oleh rembatan kaki kiri nurul azwan roya. bola menerjah jaring. semua penyokong bersorak. aku pun turut serta bersorak kegirangan walaupun perut aku ni rasa nak berak. dah lah tak boleh duduk. tempat dah penuh. berdiri dari awal sampai habis. nak krem je kaki ni rasa. ditambah pulak rasa nak berak. cukup pakej!!

bagi kami sebagai penyokong, gol penyamaan sudah memadai untuk mengubat duka. better seri daripada kalah. huhu.

dalam masa tambahan (sembilan minit), pasukan kelantan berhempas pulas untuk mencari gol kemenangan. siri serangan dilakukan bertalu-talu. namun akhirnya mengundang padah apabila kesilapan pertahanan kelantan telah memberi laluan kepada pasukan T Team untuk menambah jaringan. hasil jaringan indra putra. kedudukan menjadi kelantan (1) dan T Team (2). masa ni lah, saat paling sedih aku rasa. kecewa dan hampa. aku rasa, satu stadium senyap masatu. mungkin mereka juga sedang bersedih macam aku jugak. ishk3. selang beberapa minit, wisel pengadil berbunyi. tamat perlawanan.

apa-apa pun, tahniah kepada pasukan T Team dan pada pasukan kelantan yang tersayang, gandakan lagi usaha. aku harap, next game dengan T Team, kelantan pulak akan menang!!!! GKG. aku harap, kelantan akan menang pada semua baki empat perlawanan liga untuk menjadi juara liga super 2011!!! kelantan mesti bolot semua (juara liga super, juara piala FA, juara piala Malaysia)!!!. apa kata korang?


p/s: keluar je stadium, aku terus pergi cari toilet. meletup!!!



gol pertama T team.
source video: AmboSayeKelate

No comments:

My Podshop

Photobucket