Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram

Friday, 19 August 2011

Berkat

bila bercakap pasal keberkatan hidup ni, gua rasa hidup ni dah lama takde keberkatan. gua cakap kat diri sendiri.


yang ni pekat ke berkat?

p/s: penarik kereta macam gua pun ada cita-cita nak berubah jugak.

Wednesday, 10 August 2011

Wordless Wednesday 2 - Podshop


Monday, 8 August 2011

Tolong! Awek Aku Pontianak!

watak kegemaran gua, pian. (pic google)

Thursday, 4 August 2011

Tiada Lagi SEKALI LAGI.

kepulangan Jali dari bazaar ramadhan pada petang ini tidak disambut seperti biasa oleh Ariffin. Ariffin hanya termenung jauh dan tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya. sekali tengok, Ariffin lagak seperti seorang isteri askar yang sedang menunggu kepulangan suaminya dari medan perang. bercampur gelisah dan sedih. tidak pula dia berkelakuan seperti seekor kambing, hari ni.

 Jali tidak terkejut dgn perlakuan Ariffin itu kerana dia sudah terbiasa. tambahan pula, Jali mengerti benar dengan feel Ariffin hari ni. dia tahu sebab mengapa Ariffin berkelakuan sebegitu rupa. Jali juga mengalami feel yang sama. feel yang tak mungkin dapat dianalisa dengan bahasa komunikasi. bagi mereka, tuhan saja yang tahu feel mereka. betapa peritnya feel mereka, Lisa Surihani sekalipun mungkin tak akan mengerti.

bagi ariffin, beliau mungkin sudah kehilangan seorang sahabat yang paling rapat dengannya. sahabat yang selalu dirinduinya (dan juga disayanginya). sahabat yang selalu muncul di ingatanya. sahabat yang pasti tiada gantinya. kehilangan ini hampir pasti untuk selamanya. walaupun Ariffin selalu menganggap ini semua sebagai ilusi, sebagai mimpi, sebagai rekaan skrip filem. tapi separa minda warasnya sedar akan realiti ini. realiti akan kehilangan untuk selamanya. rasa kehilangan sungguh kuat dirasai oleh Ariffin waktu ini. tidak terkata.

berlainan pula bagi Jali berbanding si Ariffin. Jali sedar dia juga kehilangan sesuatu. tapi bukan kehilangan seorang sahabat rapat. kehilangan ini mungkin mengundang rasa kesal yang tak berkesudahan. masa sahaja yang mampu membunuh rasa kesal itu. Jali pasti, dia sudah kehilangan peluang kedua. peluang untuk membetulkan segala kesilapan silam, peluang untuk kembali seperti dulu, peluang untuk membaiki segalanya, untuk memulihkan kembali keperitan masa dulu, peluang untuk bangun semula, peluang untuk tidak lagi menoleh kebelakang. Jali sudah cuba untuk merancang segalanya, merancang untuk menunggu peluang kedua itu. namun, dia sedar.. peluang itu hampir pasti sudah tiada walaupun jauh di lubuk hatinya, dia masih mengharap. dia pasrah.

Jali berjalan mendekati Ariffin. feel mereka sama. sedih. mereka perlu pasrah atas segala yang berlaku. bagi mereka,

pastinya tiada lagi 'SEKALI LAGI' bagi mereka.

mereka hanya mampu menyelami feel masing-masing. merasakan satu feel yang sama di dalam dua hati yang berbeza. mereka bertentang mata. senyap.


Jali dan Ariffin (google pic)

Monday, 1 August 2011

Kanak-kanak pun Reti Berpuasa.

di kesempatan ini, gua nk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua sahabat-sahabat gua tak kira lah di mana korang berada, di jepun ke, russia ke, jeli ke, kutub utara ke, narnia ke dan kat mana-mana lg lah.

so, di bulan ramadhan ni, kita jg diharuskan jgk untuk ber'puasa' drp melakukan perkara yang sia-sia, apatah lagi perkara yang dilarang oleh ALLAH. sebenarnya, gua cakap kt diri sendiri jgk ni. gua dah lama buat jenayah. dah berapa tahun lamanya gua membunuh macam mafia russia. dah berapa lama gua jadi penarik kereta macam 'mael lambung'. dah lama jgk gua main band macam 'zamri rockers' (semua ini tidak benar). so, kalau sekali setahun, gua berubah jadi baik skt tak salah gua rasa.

so, kepada sahabat-sahabat di luar sana, elakkan drp melakukan perkara yang sia-sia macam termenung ingatkan fasha sandha, tengok drama Nora Elena, add random girls kat facebook, bercakap sorang-sorang dan macam-macam lagi. dan kepada kaki pancing awek, tak payah nak memancing sangat dalam bulan ramadhan ni, tunggu raya baru pancing balik. kalau dah jodoh, tak kemana. =)

kalau dah perkara yang sia-sia pun kita diharuskan untuk dijuahi, apatah lagi perkara yang dilarang macam mengumpat, mencuri, rasuah dan macam-macam lg lah. so, bagi gua, langkah yg paling mudah untuk mengelakkan diri kita drp melakukan perkara-perkara yang tak patut ni ialah tidur. cara ni memang berkesan gua rasa sebab bila dah tidur, sempat lg ke kita nak mengumpat? sempat ke tangan gi mencuri? boleh ke otak ingatkan fasha sandha? mata tu boleh ke tengok drama Nora Elena? mulut pulak memang sah tak boleh bercakap.

oleh itu, lepas solat subuh, kita relax dulu ambil angin pagi sepoi-sepoi bahasa. lepas tu kita tidur. zohor bangun solat. lepas tu tidur lagi. bangun pulak solat asar. untuk mengelakkan jadi gila, tak payah tidur lepas asar. baca paper skt, tak payah gi bazaar ramadhan sebab kadang-kadang boleh terserampak dgn Fasha Sandha atau faezah Elai kat sana. boleh menguruskan pahala puasa jgk tu. so, kalau nak beli makanan, kirim je kat member. kalau jenis yang sebatang kara, kirim je kat anak jiran rumah sebelah. so, untuk lepas berbuka sampai ke tarawih, gua malas nak cite. Lu sendiri pun dah boleh plan.

so, kalau lu yang jenis malas nk tidur time puasa, lu boleh buat macam-macam benda yg berfaedah sebagai contoh tolong makcik joyah jual bakso kat tepi jalan petang-petang, pimpin tangan kucing jenab lintas jalan dan bermacam-macam lg. semua tu boleh menambahkan pahala puasa lu sendiri jgk tu.

gua pun dah rasa mengantuk ni. kejap lagi gua nk tidur.

p/s: try lu tengok gambar kat bawah ni, lepas tu bajet-bajet berfikir skt.


main bola bulan puasa. bukan sembarangan!

My Podshop

Photobucket