Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram

Sunday 15 May 2011

summer sonic 2008 by PAUL SMITH JEANS t shirt



tidak rare, tapi gua suka.. =)




mungkin semua dah tahu bahawa paul smith ialah nama kepada pereka fesyen terkenal dari england. Beliau lah yang menjadi pengasas dan ketua pereka fesyen
untuk brand PAUL SMITH. so, produk p.smith ni banyak. ad beg, baju, seluar, kemeja, baju perempuan dan sebagainya. untuk maklumat lebih lanjut pasal paul smith, sila klik sini. so, baju yang gua uplod ni ialah sehelai baju paul smith.  =)

seterusnya, gua ingin berkongsi tentang summer sonic festival. mungkin ada yang sudah tahu apa itu summer sonic festival, oleh itu, bg yang belum tahu, gua ingin menceritakan serba sedikit tentang festival ini.

Summer Sonic Festival ialah festival rock tahunan yang diadakan di Osaka dan Chiba, jepun selama beberapa hari. Sebahagian besar band yang bermain di Osaka pada hari pertama akan pergi ke Chiba keesokan harinya dan sebaliknya. line-up2 band yang menyertai festival ini kebanyakanya band2 rock Jepun tidak kiralah dari syarikat rakaman besar atau indie, dan band2  antarabangsa juga turut serta menyertai festival ini.

di festival summer sonic 2008, antara band antarabangsa yang menjayakan festival ini ialah coldplay, MGMT, the kills, the kooks, the academy is, adele, the jesus and mary chain, the verve, the wombats, the vampire weekend, cobra starship, devo, the fratellis, death cab for cutie, dan sebagainya. untuk lebih detail, sila klik summer sonic. gua belum lagi berpeluang untuk ke sana dan gua fikir ia mungkin menyeronokkan. sebelum gua lupa, di malaysia juga ada festival muzik tahunan seperti itu, contohnya rock the world, indie fest dan sebagainya (hnya beberapa nama).


so, berbalik kepada baju di atas, gua berpendapat bahawa paul smith telah menjadi penaja kepada festival muzik summer sonic. maka baju paul smith bagi isu summer sonic di keluarkan sebagai simbolik penajaan. mungkin pendapat gua salah.( jangan terima bulat2 =P). walau bagaimanapun, kami mendapati, paul smith mengeluarkan design2 yang cantik dan boleh dikatakan agak terbaik bajunya bagi isu summer sonic.

di bawah ni, gua sertakan sedikit gmbar yg menggambarkan suasanadi festival summer sonic. untuk video, lu semua bolehlah search di dalam youtube. gua cuba untuk meng'upload' video2 summer sonic di sini tetapi gua telah mengalami sedikit masalah. oleh itu, gua memohon maaf ats kesulitan yang berlaku.

source: http://www.jpopasia.com/news/x-japan-will-make-their-summer-sonic-debut::5896.html

source: http://www.summersonic.com/2011/


p/s: baju ni pun dah jadi milik sahabat gua sekarang. semoga sihat sahaja sahabat ku disana.

No comments:

My Podshop

Photobucket