Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram

Sunday, 29 May 2011

Vintage Manchester United Jersey.






 sempena perlawanan akhir liga-liga juara yang akan berlangsung lebih kurang tiga jam lagi, dengan ini saya mengisytiharkan jersey di atas ini lah sebagai uniform saya pada malam ini. anda bagaimana?

Final Champions League:
28 May 2011
Barcelona  vs Manchester United

*aku harap MAN U akan menang!! =P

Liga Super Malaysia:
28 May 2011
Kelantan FA vs Pahang FA

*Kelantan menang (1-0) hasil jaringan Piya!!

kedudukan Liga Super Malaysia terkini:

source: http://www.facebook.com/kelate.net

lagu pembakar semangat by pod:

Glory KELATE Glory!!
Gomo MAN U Gomo!!

p/s: lagu nyanyi sorang2.

Thursday, 26 May 2011

KELANTAN (1) - T TEAM (2) [keputusan liga super 25 mei 2011]

the young red warriors (anak saudara aku)


note: penulisan ini ialah pasal pengalaman aku sahaja. bukan untuk membuat liputan sukan =)

hati aku sungguh sedih hari ni. hampa. kecewa. sungguh sayu hati ini apabila pasukan kesayangan (kelantan) kalah di tangan T Team (adik kepada pasukan Terengganu). ishk3. dari Pasir Puteh dengan cinta ke Kota Bharu semata2 untuk memberi sokongan kepada the red warriors dgn harapan terciptalah kemenangan. namun harapan sudah berkecai. rezeki tidak menyebelahi pasukan kelantan. sabor je la dengan hati yang terbuka. =)

ok!! di entry ini, aku bukan nk cite pasal perasaan sedih aku, tp aku nk cite skt pengalaman aku pergi tengok bola kt stadium sultan muhammad ke 4 di KB. kat stadium ni la T Team telah menumpaskan pasukan kelantan malam tadi.

firstly, aku drive dr pasir puteh (PP) dengan cinta ke KB bersama adik aku. memang semangat la pergi tgk bola. so, untuk pengetahuan korang, jarak antara PP ke KB lebih kurang 48km. tidaklah terlalu jauh. dekat je. =P

aku dan adik masuk stadium lepas solat maghrib kt surau stadium. perintah tuhan tidak pernah kami tinggal. minat kepada bola hendaklah bersesuaian dengan tuntutan agama islam. so, masa first masuk, memang dah sesak kt dalam. beribu-ribu org dah masuk. ramai betul penyokong pasukan kelantan a.k.a the red warriors. sudah pasti, stadium sudah penuh. so, kami tidak ada tempat duduk dan sudah pasti sekali lagi, bahawa kami terpaksa berdiri selama perlawanan berlangsung. tengok bola punya penangan.

tanpa membuang masa, aku nk citekan serba sedikit pasal perlawanan td. pada separuh masa pertama, pasukan kelantan tampak begitu bertenaga dan yakin menguasai perlawanan. beberapa percubaan dari pasukan kelantan tidak lah begitu menyengat pada awalnya. penjaga gol T Team namapak lebih relax kerana tidak begitu diuji. hanya kadang-kadang sahaja ada beberapa percubaan yang membahayakan pintu gol T Team. begitu juga percubaan pasukan T Team terhadap gawang kelantan yang diawasi oleh apex (khairul fahmi che mat). akhirnya, hampir 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama, T Team telah dihadiahkan sebiji gol oleh penjaga garisan botak di tepi padang. aku rasa gol tu kontroversi sebenarnya. dari pandangan mata aku, bola yang norfarahan (T Team) tanduk, sudah berada di garisan luar. bermakna bola sudah terkeluar (out). so, bola itu sepatutnya menjadi sepakan penjuru (corner kick) atau sepakan penjaga gol (goal kick). tp penjaga garisan tidak mengangkat bendera dan permainan di teruskan. bola yang ditanduk oleh norfarhan telah melambung ke tepi kiri gawang kelantan dan seorang pemain T Team berada di kawasan itu dan menanduk lagi bola itu menghala ke dalam gol kelantan. namun, apek lebih cepat tindak balasnya. dia telah menepis keluar bola itu. tp sayang, penjaga garisan mengangkat bendera dan mengatakan bola yang di tepis itu telah melepasi garisan gol walaupun tidak menerjah jaring. pasal tu ak tidak pasti. mungkin bola tu dah gol. tapi yang menjadi isu ialah bola out yang ditanduk oleh norfarhan. oh penjaga garisan!!! (aku tak nak bercerita tentang balingan mercun dan botol). disertakan beberapa gambar bantahan pemain kelantan terhadap penjaga garisan ekoran kontroversi gol pertama T Team.


 


source tiga gambar: userun photograpy


aku akan cuba menguploadkan sedutan video gol itu untuk gambaran lebih detail. tamat separuh masa pertama.


apek dan subra memaklumkan perihal gol pertama T team kepada pegawai KAFA. - gambar AmboSayeKelate.


separuh masa kedua bermula, penguasaan bola memihak kepada pasukan T Team. aku pun tak tahu kenapa. pemain pasukan kelantan nampak begitu tidak bersemangat. meraka kurang menguasai bola. beberapa siri serangan yang dicipta oleh pasukan kelantan menemui kegagalan. dipatahkan oleh pasukan T Team. masa ni memang aku rasa berdebar-debar. cuak pun ada. tambahan pula, perut ni asyik rasa nak berak. dari awal game lagi aku tahan. kerja gila..hahhaha.. aku tengok, penyokong pun macam dah putus semangat. rasa macam dah nak kalah walaupun meraka tetap bersorak. namun, sebelum masa tambahan, pasukan kelantan telah meraih gol penyamaan hasil umpanan nor shahrul idlan talaha (mat yo) dalam kotak penalti T Team yang disempurnakan oleh rembatan kaki kiri nurul azwan roya. bola menerjah jaring. semua penyokong bersorak. aku pun turut serta bersorak kegirangan walaupun perut aku ni rasa nak berak. dah lah tak boleh duduk. tempat dah penuh. berdiri dari awal sampai habis. nak krem je kaki ni rasa. ditambah pulak rasa nak berak. cukup pakej!!

bagi kami sebagai penyokong, gol penyamaan sudah memadai untuk mengubat duka. better seri daripada kalah. huhu.

dalam masa tambahan (sembilan minit), pasukan kelantan berhempas pulas untuk mencari gol kemenangan. siri serangan dilakukan bertalu-talu. namun akhirnya mengundang padah apabila kesilapan pertahanan kelantan telah memberi laluan kepada pasukan T Team untuk menambah jaringan. hasil jaringan indra putra. kedudukan menjadi kelantan (1) dan T Team (2). masa ni lah, saat paling sedih aku rasa. kecewa dan hampa. aku rasa, satu stadium senyap masatu. mungkin mereka juga sedang bersedih macam aku jugak. ishk3. selang beberapa minit, wisel pengadil berbunyi. tamat perlawanan.

apa-apa pun, tahniah kepada pasukan T Team dan pada pasukan kelantan yang tersayang, gandakan lagi usaha. aku harap, next game dengan T Team, kelantan pulak akan menang!!!! GKG. aku harap, kelantan akan menang pada semua baki empat perlawanan liga untuk menjadi juara liga super 2011!!! kelantan mesti bolot semua (juara liga super, juara piala FA, juara piala Malaysia)!!!. apa kata korang?


p/s: keluar je stadium, aku terus pergi cari toilet. meletup!!!



gol pertama T team.
source video: AmboSayeKelate

Monday, 23 May 2011

SENARAI NON HALAL FOOD!!!!. TOLONG SEBARKAN!!!!!

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.




SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

p/s: untuk lebih maklumat berkenaan halal dan non halal food, sila layari MALAYSIA HALAL FOOD.

sebagai peringatan untuk kita semua.

Saturday, 21 May 2011

cubaan untuk menjadi seorang pelakon.

GAGAL untuk menjadi pelakon, akhirnya aku menjadi peniaga baju2 terpakai di bazar JB.
pada 11 may 2011, aku telah dibantu oleh beberapa rakan (endy, qudus, ijat, boy dan bro dreadlock) untuk berniaga di bazar JB. hasilnya seperti beberapa keping gambar di bawah. 




dari kiri: endy, boy dan bro dreadlock
barang2 jualan boy dgn bro dreadlock


 

sebenarnya, the good old thing ini dimiliki oleh endy (berbaju merah). dia sudah lama berniaga kat bazar JB ni. kalau tak silap aku, dah 3 tahun dia berniaga kat bazar. sama macam boy. diorang ni memang otai kat bazar JB. hehe.
untuk melihat barang2 yang terbaik dari endy, korang kliklah pada title the good old thing yang sudah di'link'kan di atas untuk ke blogshop endy.

barang2 endy: menyajikan baju yang terbaik (band dan brand).



pemilik bongers bundle ialah brader ijat. gambar atas dia tengah setting booth (sorry ijat, xde plak gmbar muka hensem kau, nt lain kali aku tangkap gmbr lg). 
so, untuk melihat barang2 terbaik dari Ijat, korang kliklah pada title bongersbundle yang sudah di'link'kan di atas untuk ke blogshop Ijat.
tidak kurang hebat juga baju2 band dan brand yang dijual.



qudus bergambar kenangan dgn booth podshop.
 podshop ni blogshop aku. nama aku pun dah pod. so, bila nama kedai, jadilah podshop. =)
so, kt bwh ni serba sedikit gambar2 barangan yang dijual oleh podshop kat bazar JB.

barang2 yang boleh dijual untuk mencari rezeki.
yang ni kain telekung. qudus yang jual.
ini lah qudus. lelaki budiman yang sudah berpunya. =P
akhir sekali, aku amat berterima kasih kepada Endy, Qudus, Ijat, Boy dan Bro Dreadlock atas bantuan yang telah kalian semua hulurkan. thanks, mates!!

p/s: ayob, anda pula bagaimana?

Sunday, 15 May 2011

summer sonic 2008 by PAUL SMITH JEANS t shirt



tidak rare, tapi gua suka.. =)




mungkin semua dah tahu bahawa paul smith ialah nama kepada pereka fesyen terkenal dari england. Beliau lah yang menjadi pengasas dan ketua pereka fesyen
untuk brand PAUL SMITH. so, produk p.smith ni banyak. ad beg, baju, seluar, kemeja, baju perempuan dan sebagainya. untuk maklumat lebih lanjut pasal paul smith, sila klik sini. so, baju yang gua uplod ni ialah sehelai baju paul smith.  =)

seterusnya, gua ingin berkongsi tentang summer sonic festival. mungkin ada yang sudah tahu apa itu summer sonic festival, oleh itu, bg yang belum tahu, gua ingin menceritakan serba sedikit tentang festival ini.

Summer Sonic Festival ialah festival rock tahunan yang diadakan di Osaka dan Chiba, jepun selama beberapa hari. Sebahagian besar band yang bermain di Osaka pada hari pertama akan pergi ke Chiba keesokan harinya dan sebaliknya. line-up2 band yang menyertai festival ini kebanyakanya band2 rock Jepun tidak kiralah dari syarikat rakaman besar atau indie, dan band2  antarabangsa juga turut serta menyertai festival ini.

di festival summer sonic 2008, antara band antarabangsa yang menjayakan festival ini ialah coldplay, MGMT, the kills, the kooks, the academy is, adele, the jesus and mary chain, the verve, the wombats, the vampire weekend, cobra starship, devo, the fratellis, death cab for cutie, dan sebagainya. untuk lebih detail, sila klik summer sonic. gua belum lagi berpeluang untuk ke sana dan gua fikir ia mungkin menyeronokkan. sebelum gua lupa, di malaysia juga ada festival muzik tahunan seperti itu, contohnya rock the world, indie fest dan sebagainya (hnya beberapa nama).


so, berbalik kepada baju di atas, gua berpendapat bahawa paul smith telah menjadi penaja kepada festival muzik summer sonic. maka baju paul smith bagi isu summer sonic di keluarkan sebagai simbolik penajaan. mungkin pendapat gua salah.( jangan terima bulat2 =P). walau bagaimanapun, kami mendapati, paul smith mengeluarkan design2 yang cantik dan boleh dikatakan agak terbaik bajunya bagi isu summer sonic.

di bawah ni, gua sertakan sedikit gmbar yg menggambarkan suasanadi festival summer sonic. untuk video, lu semua bolehlah search di dalam youtube. gua cuba untuk meng'upload' video2 summer sonic di sini tetapi gua telah mengalami sedikit masalah. oleh itu, gua memohon maaf ats kesulitan yang berlaku.

source: http://www.jpopasia.com/news/x-japan-will-make-their-summer-sonic-debut::5896.html

source: http://www.summersonic.com/2011/


p/s: baju ni pun dah jadi milik sahabat gua sekarang. semoga sihat sahaja sahabat ku disana.

My Podshop

Photobucket