Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram

Thursday, 4 August 2011

Tiada Lagi SEKALI LAGI.

kepulangan Jali dari bazaar ramadhan pada petang ini tidak disambut seperti biasa oleh Ariffin. Ariffin hanya termenung jauh dan tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya. sekali tengok, Ariffin lagak seperti seorang isteri askar yang sedang menunggu kepulangan suaminya dari medan perang. bercampur gelisah dan sedih. tidak pula dia berkelakuan seperti seekor kambing, hari ni.

 Jali tidak terkejut dgn perlakuan Ariffin itu kerana dia sudah terbiasa. tambahan pula, Jali mengerti benar dengan feel Ariffin hari ni. dia tahu sebab mengapa Ariffin berkelakuan sebegitu rupa. Jali juga mengalami feel yang sama. feel yang tak mungkin dapat dianalisa dengan bahasa komunikasi. bagi mereka, tuhan saja yang tahu feel mereka. betapa peritnya feel mereka, Lisa Surihani sekalipun mungkin tak akan mengerti.

bagi ariffin, beliau mungkin sudah kehilangan seorang sahabat yang paling rapat dengannya. sahabat yang selalu dirinduinya (dan juga disayanginya). sahabat yang selalu muncul di ingatanya. sahabat yang pasti tiada gantinya. kehilangan ini hampir pasti untuk selamanya. walaupun Ariffin selalu menganggap ini semua sebagai ilusi, sebagai mimpi, sebagai rekaan skrip filem. tapi separa minda warasnya sedar akan realiti ini. realiti akan kehilangan untuk selamanya. rasa kehilangan sungguh kuat dirasai oleh Ariffin waktu ini. tidak terkata.

berlainan pula bagi Jali berbanding si Ariffin. Jali sedar dia juga kehilangan sesuatu. tapi bukan kehilangan seorang sahabat rapat. kehilangan ini mungkin mengundang rasa kesal yang tak berkesudahan. masa sahaja yang mampu membunuh rasa kesal itu. Jali pasti, dia sudah kehilangan peluang kedua. peluang untuk membetulkan segala kesilapan silam, peluang untuk kembali seperti dulu, peluang untuk membaiki segalanya, untuk memulihkan kembali keperitan masa dulu, peluang untuk bangun semula, peluang untuk tidak lagi menoleh kebelakang. Jali sudah cuba untuk merancang segalanya, merancang untuk menunggu peluang kedua itu. namun, dia sedar.. peluang itu hampir pasti sudah tiada walaupun jauh di lubuk hatinya, dia masih mengharap. dia pasrah.

Jali berjalan mendekati Ariffin. feel mereka sama. sedih. mereka perlu pasrah atas segala yang berlaku. bagi mereka,

pastinya tiada lagi 'SEKALI LAGI' bagi mereka.

mereka hanya mampu menyelami feel masing-masing. merasakan satu feel yang sama di dalam dua hati yang berbeza. mereka bertentang mata. senyap.


Jali dan Ariffin (google pic)

4 comments:

Abdullah said...

weh.. pakat nok smbelih aripin blake doh ker.. haha.. menunggu mase..

Naim Marinin said...

gtu lah lebih kurang, bai.. hahah

Abdullah said...

sabo ye jali.. mu pun menunggu mase jugok tue..

Leftenan Muda Mohd Adhwa Yahaya said...

sebenarnye... jali suke bab die buleh makan banyok pd sekalo... hahaaa

My Podshop

Photobucket