muka gua kebiasaan, tapi petang semalam hati gua sayu skt (pic google) |
petang semalam, sedang gua kalut menampal sticker skuterama kat storage box plastic, gua terdengar riuh rendah bunyi bising mak dgn bapak gua kat luar rumah. gua pun tak tahu apa benda la yang kecoh sangat tu, yang gua pasti, bukan bunyi kecoh diorang mengumpat.
gua pun cuba lah bertanya mak gua. mak gua jawab ada ular. muka gua relax. tapi pancaindera gua yang lain tanpa disuruh meninggalkan kerja menampal sticker yang tertangguh dan gua terus bergegas ke luar rumah. biasa lah, gua anak jantan. kena lah ada sifat protective. ye dak?
sambil gua berjalan ke tempat kejadian, sempat jgk gua sambar kayu dgn batu bata di tepi laluan. memang bapak gua dah letak kayu dgn batu kat situ. sampai je di tempat kejadian, ular memang tengah lepak kat dalam longkang. macam dah tak de tempat lain. bapak gua ada sekali kat situ. gua pegang kayu dengan batu bata. memang nampak perkasa. baju pun tak pakai petang semalam. rupanya bapak gua nak cepat sebab dia dgn mak gua nk pergi tempat orang kenduri. so, dia serah tugas membunuh kepada gua. satu penghargaan bagi gua.
bukannya apa, untuk menjaga keselamatan family dan rumah gua daripada ancaman ular ni jgk.
sebenarnya, gua ni pun takut jgk bila berdepan dengan musuh yang liar seperti ular ni. memang gua yang jenis alahan(takut) ular. memang muka gua ni macam farid kamil. banyak parut jerawat. ganaz. tapi hati gua kadang-kadang tak sampai hati jgk nak bunuh binatang ni. takut pun ada jgk.
selepas parent gua berlalu pergi, gua mencari plan-plan terbaik untuk membunuh ular tadi. gua tak perlu nak amik masa lama sangat sebab gua pun terkejar jgk nak tengok live perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Liverpool kat dlm tv.
tanpa membuang masa, gua jolok ular tu dengan kayu, lepas tu gua tindih ekor ular dengan bata sebab tak nak bagi dia bergerak. ni pun gua heran jgk, si ular macam tak melawan je dengan gua. macam rela je untuk dibunuh. ikut je apa yang gua buat. tidak pulak ia meraung kesakitan. memang seekor ular yang penyabar.
gua jolok, lepas tu jolok lagi, jolok lagi dan kali terakhir gua jolok, si ular pose baik punya. posisi yang paling gua suka sebab senang gua nak membunuh. bapak gua ajar, nak bunuh ular, ketuk kepalanya. cepat ular mati.
bila dah baik posingnya, gua hentam-hentam kepala ular tadi. sikit pun ia tak melawan. sekali gua hentam, bermacam jenis perasaan wujud dalam diri gua. sekali hentam, rasa excited, takut pun ada jgk. dua kali hentam, gua rasa sedih bercampur pilu pun ada. dan kali terakhir hentam gua rasa nak terberak sebab dah dua hari tak berak.
selepas gua pastikan kematian ular tu, gua terduduk dan termenung memikirkan nasib si ular yang mati tadi. kalau ia ular betina, bagaimana dengan anak-anak dan suami ia? pakwe ia? sapa nak uruskan bisnes butik pakaian? (kalau ada) bagaiamana pula tanggungjawab ia terhadap masyarakat ular-ular? persoalan berkejar-kejaran dalam otak gua. kalau ular ni jenis jantan, gua tak berapa nak pikir sangat. tak sempat. gua terkejar-kejar sebab nak tengok live match bola sepak malaysia.
petang tu gua memang pasti satu perkara, rasa yang nak berak tu adalah satu perasaan yang benar. ikhlas gua cakap.
kepala si ular yang gua hentam. |
maafkan aku, si ular.
3 comments:
molek ckit psal ular nie.. ade 2 kmungkinan.. samaada ular betul, atau jelmaan jin.. so, kene bagi 3 amaran dulu sblum mmbunuh.. kalu ko jin, p jauh2.. kalu ular tue p.. jgn bunuh r.. kalu x p.. blh r wt projek.. hehe.. nmpak simple, tp itulah kenyataan sebnar n kite perlu percaya bahawa jin itu mmg bleh menjelma.. kalu ade kureng, boh bleh tamboh.. hehe
aku v amaran dlm hati bai.. aku pn xsey katok jgk awal2..tp ayah aku suh katok jgk.. tu pn lama jgk abru aku katok..bg masa dlu suh lari.. gano bai?
hehe.. insyaallah.. harap x dok bende yg x molek brlaku.. moge selamat2 belake..
Post a Comment