Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram

Sunday 17 July 2011

Malaysia (3) - (6) Liverpool

poster promo. suarez tak main pun td (pic by google)

Selepas dikalahkan oleh gergasi inggeris, Arsenal dgn 0-4, hari ini pasukan bola sepak malaysia atau harimau malaya kalah lagi kepada raksasa inggeris jgk iaitu Liverpool (3-6). gol malaysia telah dijaringkan oleh safiq rahim (kapten) hasil sepakan percuma bertaraf antarabangsa gua kira dan dua biji gol lg oleh safee sali hasil bantuan drp amirul hadi zainal dan rizal fahmi. gol liverpool pulak gua tak berapa nak ingat sangat, gua rasa kuyt, ngog, maxi dan sorang lg gua xingt nama dia. sorry la, gua tak berapa ahli sgt pasal player liverpool ni.

gua nak ucapkan berbanyak tahniah kepada pasukan malaysia, walaupun kalah. pasukan malaysia telah menunjukkan semangat kesukanan yang agak baik jgk pada pandangan gua. walaupun ada skt-skt dan banyak kelonggaran dalam permainan yang dipamerkan. gua harap, next game lebih cemerlang dan menyengat. nt nk lawan chelsea lg. tak kan nak main macam ni jugak.

idola gua dalam game ni ialah safiq rahim sebab dia jaringkan gol yang bergaya gua kira. bukan senang woo.. membolosi gawang liverpool lg tu, pasukan yang dikenali sebagai salah satu gergasi eropah tu. selain itu, fadhli shas dan mohd muslim juga mencuri tumpuan gua. sebab mereka tersilap dan memberi peluang kepada Ngog untuk membolosi kawalan apek (khairul fahmi). tapi xpe, sb gua dah tahu. main bola bukannya senang macam main kawen-kawen atau main-main cinta. next time, minimize kan mistake. well done bros!! tahniah jgk kepada farisham, rizal fahmi dan syakir shaari kerana diberi kepercayaan oleh datuk k.rajagopal untuk bermain bersama skuad malaysia hari ni walaupun mereka jg membuat mistake sehingga memberi peluang kepada pasukan liverpool menambah jaringan. xpe, macam gua cakap td, main bola bukannya macam main konda-kondi. semoga kalian akan membantu pasukan kelantan dengan pengalaman-pengalaman baru di kem pasukan negara.

free kick by safiq rahim.
melepasi kawalan Brad Jones.
source tiga gambar: Shazli Shamsuddin Photography

kalah atau menang, gua tak kira, gua tetap sokong pasukan malaysia!! orang lain gua malas nk komen la. suka hati diorang lah nak sokong team mana. yang sedikit gua heran, ramai yang pakai baju wrna merah. yang pakai kuning pun ada. tp gua tengok, bila malaysia score, semua bersorak. bila liverpool score, semua pun bersorak. memang penyokong yg jenis flexible gua rasa. memang canggih!!

gua pinjam kata-kata arwah mokhtar dahari (super mokh):
IF YOU ARE ASHAMED TO STAND BY YOUR COLORS, YOU HAD BETTER SEEK ANOTHER FLAG!

p/s: gua tak nampak pulak ULTRAS MALAYA dlm tv td or tv yg tak nak tunjuk?

2 comments:

dinie muhaimin said...

ultras boikot game2 lwn BPL ni sbb dorang aggap game ni hanya utk tujuan komersial. hanya memberi duit lebih utk FAM n penganjur...

Naim Marinin said...

oh gtu..patotla xnapok ultras dlm tv.

My Podshop

Photobucket