Tolong Jangan Klik

My Instagram

Instagram

Sunday, 31 July 2011

Tarikh

- 31 julai 2008 -

gua masih ingat tarikh ni. kadang-kadang bila ada orang tanya, gua saje buat-buat lupa.
sekarang, gua punya feel lain macam skt.

Saturday, 30 July 2011

vintage HAWAII MICKEY MOUSE t shirt


gua suka baju ni. walaupun tak berapa nak rare sgt, gua tetap suka. dah lama jgk gua dapat baju ni, lebih kurang setahun yang lepas seingat gua. 




komposisi material untuk baju ni ialah 50% cotton dan 50% polyester. so, baju yang jenis 50/50 material ni memang selesa untuk dipakai di samping ia juga akan memberi potongan mengikut bentuk badan bila dipakai. harga market untuk baju ni sekarang tak lah mahal sgt gua rasa. tak sampai rm100 pun gua rasa. gua pun tak pasti, main agak-agak je.


label t shirt

disebabkan baju ni warna pink, gua pun kena fikir masak-masak dulu sebelum pakai. gua ni perkasa, mana boleh pakai kaler pink. tak gitu? pada mulanya baju ni gua nak hadiahkan kpd orang yang paling rapat dgn gua, tapi tak sempat je nak bagi. so, gua rasa lebih baik simpan je baju ni.

Thursday, 28 July 2011

Malaysia vs Singapura

malam ni gua nak tidur pakai jersey malaysia yang warna biru sebab yang sehelai tu je gua ada.  bangun pagi esok, lepas solat subuh gua nak training betul-betul kasi badan gua fit sikit. gua nak jogging, lari dalam guni, panjat pokok kelapa, lastik burung, cabut rumput dan geletek mak bidah latah. gua nak training betul-betul ni sebab gua nak jadi pemain defender bola sepak malaysia. bukanya susah nak jadi defender. orang tua cakap, bila pemain lawan datang serang, kita relax je. player kena tenang, jangan kalut.

tahniah jgk kpd HARIMAU MALAYA!

p/s: main bola untuk malaysia ni bukan macam main sorok-sorok liga kampung.

Monday, 25 July 2011

Hadiah Hari Lahir


semalam aku rasa ada orang bagi ni, tapi bila dah bangun pagi ni, takde pulak. mimpi rupanya....

Plastic box yang kat bawah ni, mak gua yang bagi sebab gua mintak dengan dia. thanx Ma (mak). 

versi original

foto yang kat bawah ni, versi selepas gua upgrade skt dgn penambahan di bahagian body part. gua tampal sticker skuterama kat gua punya plastic box. sesi upgrade ni di buat masa kejadian ini berlaku.





gua suke sticker ni.

yang bawah ni pulak hadiah lama daripada seorang sahabat.


hadiah ni dah lama gua dapat. gua sendiri pun dah tak ingat berapa tahun dia punya lama. perfume adidas tu gua pakai dah lama, tapi sampai sekarang tak habis-habis lg. gua sendiri pun tak paham.

apa-apa pun, terima kasih kepada sahabat gua.

dua keping gambar ni, gua try balajar capture guna DSLR pinjam. ok tak?

p/s: sahabat-sahabat yang lain bila lagi nak bg hadiah kat gua? kalau dapat tenggiling laut sekor pun gua terima je.. =P

Friday, 22 July 2011

Feel Solat Jumaat

di hari yang indah ini, penghulu segala hari. solat jumaat memang gua wajib buat. gua umat islam, beb!. macam biasa, gua pergi solat jumaat dgn bapak gua. adik gua pergi sendiri sebab dia mandi lambat. bapak gua memang suka pergi masjid awal-awal. dapat pahala sunat katanya.

sampai kat masjid, gua rasa nak buat lain skt ini hari, gua rasa macam nk duduk kat saf depan. so, gua pergi duduk kat saf kedua. kira depan jgk le tu. lepas tu imam baca khutbah, masa ni gua macam biasa, senyap. masa kecik-kecik cute dulu gua memang suka bercakap masa khatib baca khutbah. ada je topik-topik hangat gua nk berbual dgn member gua. pasal basikal la, pasal burung kakak tua la, pasal berbini empat la. masa kecik gua memang berfikiran luas. macam org tua. bila dah besar, otak pun banyak habuk.

berbalik kepada topik asal. so, bila dah besar ni, gua memang senyap bila khatib baca khutbah. gua jenis yg menitik beratkan pahala solat jumaat ni. ustaz gua cakap, kalau berkata-kata masa khutbah dibacakan, kosong pahala solat jumaat kita. sia-sia la, ye dak? tajuk khutbah jumaat kat masjid kampung gua minggu ni ialah 'sedekah'. kat kampung lain gua tak tahu la pulak. tak sempat pulak gua nak pergi merisik tanya orang kampung sebelah. mungkin tajuk aurat, mungkin jgk tajuk mengumpat, mungkin jgk pasal ramadhan. gua sendiri pn main teka je.

khutbah jumaat gua dengar elok-elok je walaupun kadang-kadang terbayang jugak wajah-wajah superman, captain america, batman dan catwoman dalam otak gua ni. sekali-sekala diorang datang jgk. walaupun gua tak tumpu 100% kpd khutbah td, tapi gua still ingat lagi isi-isi khutbah yang khatib baca td. berguna jgk otak gua ni. tp sikit-sikit je la. so, kita kena lah memberi sedekah dengan hati yang ikhlas, dengan wajah yang berseri gembira dan penuh rasa syukur. jangan pulak kita bersedakah dengan hati yang tak ikhlas, lepas tu wat muka macam ketat ala-ala artist k-pop malaysia gitu dan janganlah kita mengungkit pemberian sedekah kita sehingga menimbulkan rasa yang tidak senang kepada si penerima. jangan wat macam tu, tak baik. kalau orang lain buat kat kita macam mane? tak ke rasa sedih, menyampah, malu dan kecewa? kalau yang teruk lagi boleh timbul rasa nak terkucil sekali woo!

lepas tu, macam biasa jgk, akan ada solat jumaat dua rakaat. tak pernah dibuat orang, lepas khutbah je terus balik. so, jangan nak buat-buat tak tahu pulak. gua solat jumaat. lepas gua solat, baru gua balik. masa gua tengah berjalan balik menuju ke tangga masjid, gua rasa lain macam je. muka gua ok je, maintain macam farid kamil. tp feel tu rasa lain, tenang tu rasa macam meresap je dalam hati ni. insaf pun ada sikit-sikit. kalau boleh, hari-hari dapat feel macam ni kan best.

tapi sebelum gua balik ini hari, gua semapt jgk merasai feel yang lain macam lagi. gua tak pernah pun menjangka yang gua akan rasa feel ni di amsjid kampung gua sendiri. feel ni mungkin akan merubah hidup kita buat selamanya. feel ni memang boleh buat kita menangis, menitiskan air mata, beb! bukan feel biasa-biasa ni. jika tiada ini feel, mungkin taj mahal pun tak akan wujud woo. ini feel, boleh kasi beruk pun tak nak panjat pohon kelapa taw.

gua terkilan, 'selipar jepun gua hilang!'

Wednesday, 20 July 2011

Wordless Wednesday

Birthday Party!

pic google. KFC p.mas tak macam ni.

bukannya takde KFC kat tempat gua (pasir puteh) tapi selamba je semalam (19th julai 2011) gua pergi sambut birthday gua sendiri sorang-sorang kat KFC pasir mas (kelantan). gua sendiri pun tak paham. gua drive sorang-sorang. order snack plate sorang-sorang. makan sorang-sorang dan kenyang sorang-sorang. muka gua tetap relax. feel itu penting bagi gua.

p/s: feel gua rasa dekat.

Sunday, 17 July 2011

Pembunuh Tanpa Upah

muka gua kebiasaan, tapi petang semalam hati gua sayu skt (pic google)

petang semalam, sedang gua kalut menampal sticker skuterama kat storage box plastic, gua terdengar riuh rendah bunyi bising mak dgn bapak gua kat luar rumah. gua pun tak tahu apa benda la yang kecoh sangat tu, yang gua pasti, bukan bunyi kecoh diorang mengumpat.

gua pun cuba lah bertanya mak gua. mak gua jawab ada ular. muka gua relax. tapi pancaindera gua yang lain tanpa disuruh meninggalkan kerja menampal sticker yang tertangguh dan gua terus bergegas ke luar rumah. biasa lah, gua anak jantan. kena lah ada sifat protective. ye dak?

sambil gua berjalan ke tempat kejadian, sempat jgk gua sambar kayu dgn batu bata di tepi laluan. memang bapak gua dah letak kayu dgn batu kat situ. sampai je di tempat kejadian, ular memang tengah lepak kat dalam longkang. macam dah tak de tempat lain. bapak gua ada sekali kat situ. gua pegang kayu dengan batu bata. memang nampak perkasa. baju pun tak pakai petang semalam. rupanya bapak gua nak cepat sebab dia dgn mak gua nk pergi tempat orang kenduri. so, dia serah tugas membunuh kepada gua. satu penghargaan bagi gua.

bukannya apa, untuk menjaga keselamatan family dan rumah gua daripada ancaman ular ni jgk.

sebenarnya, gua ni pun takut jgk bila berdepan dengan musuh yang liar seperti ular ni. memang gua yang jenis alahan(takut) ular. memang muka gua ni macam farid kamil. banyak parut jerawat. ganaz. tapi hati gua kadang-kadang tak sampai hati jgk nak bunuh binatang ni. takut pun ada jgk.

selepas parent gua berlalu pergi, gua mencari plan-plan terbaik untuk membunuh ular tadi. gua tak perlu nak amik masa lama sangat sebab gua pun terkejar jgk nak tengok live perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Liverpool kat dlm tv.

tanpa membuang masa, gua jolok ular tu dengan kayu, lepas tu gua tindih ekor ular dengan bata sebab tak nak bagi dia bergerak. ni pun gua heran jgk, si ular macam tak melawan je dengan gua. macam rela je untuk dibunuh. ikut je apa yang gua buat. tidak pulak ia meraung kesakitan. memang seekor ular yang penyabar.

gua jolok, lepas tu jolok lagi, jolok lagi dan kali terakhir gua jolok, si ular pose baik punya. posisi yang paling gua suka sebab senang gua nak membunuh. bapak gua ajar, nak bunuh ular, ketuk kepalanya. cepat ular mati.

bila dah baik posingnya, gua hentam-hentam kepala ular tadi. sikit pun ia tak melawan. sekali gua hentam, bermacam jenis perasaan wujud dalam diri gua. sekali hentam, rasa excited, takut pun ada jgk. dua kali hentam, gua rasa sedih bercampur pilu pun ada. dan kali terakhir hentam gua rasa nak terberak sebab dah dua hari tak berak.

selepas gua pastikan kematian ular tu, gua terduduk dan termenung memikirkan nasib si ular yang mati tadi. kalau ia ular betina, bagaimana dengan anak-anak dan suami ia? pakwe ia? sapa nak uruskan bisnes butik pakaian? (kalau ada) bagaiamana pula tanggungjawab ia terhadap masyarakat ular-ular? persoalan berkejar-kejaran dalam otak gua. kalau ular ni jenis jantan, gua tak berapa nak pikir sangat. tak sempat. gua terkejar-kejar sebab nak tengok live match bola sepak malaysia.

petang tu gua memang pasti satu perkara, rasa yang nak berak tu adalah satu perasaan yang benar. ikhlas gua cakap.



kepala si ular yang gua hentam.

maafkan aku, si ular.

Malaysia (3) - (6) Liverpool

poster promo. suarez tak main pun td (pic by google)

Selepas dikalahkan oleh gergasi inggeris, Arsenal dgn 0-4, hari ini pasukan bola sepak malaysia atau harimau malaya kalah lagi kepada raksasa inggeris jgk iaitu Liverpool (3-6). gol malaysia telah dijaringkan oleh safiq rahim (kapten) hasil sepakan percuma bertaraf antarabangsa gua kira dan dua biji gol lg oleh safee sali hasil bantuan drp amirul hadi zainal dan rizal fahmi. gol liverpool pulak gua tak berapa nak ingat sangat, gua rasa kuyt, ngog, maxi dan sorang lg gua xingt nama dia. sorry la, gua tak berapa ahli sgt pasal player liverpool ni.

gua nak ucapkan berbanyak tahniah kepada pasukan malaysia, walaupun kalah. pasukan malaysia telah menunjukkan semangat kesukanan yang agak baik jgk pada pandangan gua. walaupun ada skt-skt dan banyak kelonggaran dalam permainan yang dipamerkan. gua harap, next game lebih cemerlang dan menyengat. nt nk lawan chelsea lg. tak kan nak main macam ni jugak.

idola gua dalam game ni ialah safiq rahim sebab dia jaringkan gol yang bergaya gua kira. bukan senang woo.. membolosi gawang liverpool lg tu, pasukan yang dikenali sebagai salah satu gergasi eropah tu. selain itu, fadhli shas dan mohd muslim juga mencuri tumpuan gua. sebab mereka tersilap dan memberi peluang kepada Ngog untuk membolosi kawalan apek (khairul fahmi). tapi xpe, sb gua dah tahu. main bola bukannya senang macam main kawen-kawen atau main-main cinta. next time, minimize kan mistake. well done bros!! tahniah jgk kepada farisham, rizal fahmi dan syakir shaari kerana diberi kepercayaan oleh datuk k.rajagopal untuk bermain bersama skuad malaysia hari ni walaupun mereka jg membuat mistake sehingga memberi peluang kepada pasukan liverpool menambah jaringan. xpe, macam gua cakap td, main bola bukannya macam main konda-kondi. semoga kalian akan membantu pasukan kelantan dengan pengalaman-pengalaman baru di kem pasukan negara.

free kick by safiq rahim.
melepasi kawalan Brad Jones.
source tiga gambar: Shazli Shamsuddin Photography

kalah atau menang, gua tak kira, gua tetap sokong pasukan malaysia!! orang lain gua malas nk komen la. suka hati diorang lah nak sokong team mana. yang sedikit gua heran, ramai yang pakai baju wrna merah. yang pakai kuning pun ada. tp gua tengok, bila malaysia score, semua bersorak. bila liverpool score, semua pun bersorak. memang penyokong yg jenis flexible gua rasa. memang canggih!!

gua pinjam kata-kata arwah mokhtar dahari (super mokh):
IF YOU ARE ASHAMED TO STAND BY YOUR COLORS, YOU HAD BETTER SEEK ANOTHER FLAG!

p/s: gua tak nampak pulak ULTRAS MALAYA dlm tv td or tv yg tak nak tunjuk?

Saturday, 16 July 2011

Anugerah Planet Muzik 2011


Part yang gua paling suka: Didie Alias keluar jadi lady gaga masa intro. memang idea agak mangkuk sumbing jgk gua kira.

part2 lain seperti part mat-mat jambu singapore, show nyanyi tersemput-semput kering gusi dan siaran tergendala, gua tak berapa nak in sangat.

My Podshop

Photobucket