di hari yang indah ini, penghulu segala hari. solat jumaat memang gua wajib buat. gua umat islam, beb!. macam biasa, gua pergi solat jumaat dgn bapak gua. adik gua pergi sendiri sebab dia mandi lambat. bapak gua memang suka pergi masjid awal-awal. dapat pahala sunat katanya.
sampai kat masjid, gua rasa nak buat lain skt ini hari, gua rasa macam nk duduk kat saf depan. so, gua pergi duduk kat saf kedua. kira depan jgk le tu. lepas tu imam baca khutbah, masa ni gua macam biasa, senyap. masa kecik-kecik
cute dulu gua memang suka bercakap masa khatib baca khutbah. ada je topik-topik hangat gua nk berbual dgn member gua. pasal basikal la, pasal burung kakak tua la, pasal berbini empat la. masa kecik gua memang berfikiran luas. macam org tua. bila dah besar, otak pun banyak habuk.
berbalik kepada topik asal. so, bila dah besar ni, gua memang senyap bila khatib baca khutbah. gua jenis yg menitik beratkan pahala solat jumaat ni. ustaz gua cakap, kalau berkata-kata masa khutbah dibacakan, kosong pahala solat jumaat kita. sia-sia la, ye dak? tajuk khutbah jumaat kat masjid kampung gua minggu ni ialah 'sedekah'. kat kampung lain gua tak tahu la pulak. tak sempat pulak gua nak pergi merisik tanya orang kampung sebelah. mungkin tajuk aurat, mungkin jgk tajuk mengumpat, mungkin jgk pasal ramadhan. gua sendiri pn main teka je.
khutbah jumaat gua dengar elok-elok je walaupun kadang-kadang terbayang jugak wajah-wajah
superman, captain america, batman dan catwoman dalam otak gua ni. sekali-sekala diorang datang jgk. walaupun gua tak tumpu 100% kpd khutbah td, tapi gua
still ingat lagi isi-isi khutbah yang khatib baca td. berguna jgk otak gua ni. tp sikit-sikit je la. so, kita kena lah memberi sedekah dengan hati yang ikhlas, dengan wajah yang berseri gembira dan penuh rasa syukur. jangan pulak kita bersedakah dengan hati yang tak ikhlas, lepas tu wat muka macam ketat ala-ala artist k-pop malaysia gitu dan janganlah kita mengungkit pemberian sedekah kita sehingga menimbulkan rasa yang tidak senang kepada si penerima. jangan wat macam tu, tak baik. kalau orang lain buat kat kita macam mane? tak ke rasa sedih, menyampah, malu dan kecewa? kalau yang teruk lagi boleh timbul rasa nak terkucil sekali woo!
lepas tu, macam biasa jgk, akan ada solat jumaat dua rakaat. tak pernah dibuat orang, lepas khutbah je terus balik. so, jangan nak buat-buat tak tahu pulak. gua solat jumaat. lepas gua solat, baru gua balik. masa gua tengah berjalan balik menuju ke tangga masjid, gua rasa lain macam je. muka gua ok je, maintain macam farid kamil. tp feel tu rasa lain, tenang tu rasa macam meresap je dalam hati ni. insaf pun ada sikit-sikit. kalau boleh, hari-hari dapat feel macam ni kan best.
tapi sebelum gua balik ini hari, gua semapt jgk merasai feel yang lain macam lagi. gua tak pernah pun menjangka yang gua akan rasa feel ni di amsjid kampung gua sendiri. feel ni mungkin akan merubah hidup kita buat selamanya. feel ni memang boleh buat kita menangis, menitiskan air mata, beb! bukan feel biasa-biasa ni. jika tiada ini feel, mungkin taj mahal pun tak akan wujud woo. ini feel, boleh kasi beruk pun tak nak panjat pohon kelapa taw.
gua terkilan, 'selipar jepun gua hilang!'